Showing posts with label ~Sadiehaf Media Team~. Show all posts
Showing posts with label ~Sadiehaf Media Team~. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

Luahan Hati Kapten Sarawak - Zamri Morshidi....

Salam semua. Terima kasih semua yang sentiasa berdiri di belakang kamek orang tanpa kitak orang semua sapalah kamek orang tok.game akan datang tok..sokongan kitak orang kmk org perlukan jangan kritik atau anok player kita pun,kamek orang manusia biasa yang sik lari dari molah kesilapan..ok disitok juak..sebenarnya, berat hati..nang sik maok sebenarnya tapi dah mandat dari management..terima jaklah..untuk permulaan liga tok nang belum selesa main ada lilitan dilengan..masih dalam proses menyesuaikan dirik..peranan dan tanggungjawab berat glak..harap faham semua..berik masa ok..
~ Zamri Morshidi ~

Friday, January 28, 2011

Stadium Negeri, Pulau Pinang (Batu Kawan) Bakal Menjadi Saksi...

STADIUM NEGERI PULAU PINANG (BATU KAWAN)



Terletak ditanah besar, Pulau Pinang. Ia mampu memuatkan lebih kurang 40,000 penonton pada satu masa. Bakal menjadi saksi pertembungan Skuad Bujang Senang dan "The Panthers" pada 31 Januari 2011 ini. The Panthers sudah semestinya diiringi ribuan penyokong mereka memberikan tentangan hebat untuk membenam Skuad Bujang Senang. Seperti kebiasaannya skuad pelawat pastinya akan berasa sedikit tertekan dan digamit keletihan akibat perjalanan yang ditempuhi. Pasukan tuan rumah sudah semestinya akan menggunakan kesempatan ini untuk mencari gol awal dan memastikan laluan yang mencabar buat Bujang Senang.

Namun, mereka di Pulau Pinang harus tahu yang berlepasnya Skuad Sarawak ke sana juga diiringi doa dan tiupan semangat "Ngap Sayot" dari para penyokong setia di Sarawak. Biarpun beraksi ditempat lawan, para penyokong senantiasa berdoa agar pasukan mereka akan berjuang bermati-matian demi mengangkat martabat bolasepak Sarawak dan Bujang Senang agar menjadi pasukan yang digeruni.
Berjuanglah pahlawanku....kami Sarawak Football Die Hard Fan's tidak putus-putus mendoakan kejayaan anda tidak kira dimana jua anda berada....
Nabi Muhammad shallallahu ’alaihi wa sallam pernah bersabda, “Carilah do’a yang mustajab pada tiga keadaan : (1) Bertemunya dua pasukan, (2) Menjelang shalat dilaksanakan, dan (3) Saat hujan turun.” 
Kami juga berdoa agar perjalanan anda semua senantiasa didalam keadaan selesa dan selamat serta dipelihara Allah SWT..aminn....


Wednesday, January 26, 2011

Jurulatih Baru Skuad Red Warriors



Kami di Sadiehaf  ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Rakan-rakan Fans di Red Warriors diatas perlantikan jurulatih baru pasukan Kelantan iaitu Datuk M.Karathu. Kami iringi dengan ucapan Selamat Maju Jaya. Salam Satu Malaysia....

Thursday, January 20, 2011

Our Legendary William Billy Bone....1997 - 1998....

Playing in many Asian countries, competing in the Asian Cup Winners Cup Competition at club level,
has given me valuable experience in a playing career, and a fascinating insight into football in many countries all over the world.
To have studied the game in South America, Europe, Middle East, Asia and Oceania,and having all that experience will prove valuable now I have opted to go onto my next career path coaching football.

- William billy Bone -

former sarawak midfielder 1997-1998


Individual honours:
Winning the M-League Championship with Sarawak Football Club. Malaysia 1997
Winning the Malaysian Charity Shield with Sarawak Football Club.Malaysia 1998
Winning the S-league  Championship with Geylang United Football Club.Singapore 2001
Winning the S-League Championship with Home United Football Club.Singapore 2003
Winning the Singapore FA Cup with Home United Football Club.Singapore 2003

more >>> http://firsttouchcoachingschool.com/billyprofile.html

Wednesday, January 19, 2011

Allocate funds for Under-12 academy, says Haidel

KUCHING: All divisional football associations have been urged to allocate RM5,000 annually to set up at least one Under-12 football academy this year. 

Football Association of Sarawak (FAS) deputy president Haidel Heli said the allocation would be founded by the associations with collaboration with the parent body (FAS) and State Education Department and individuals who were willing to help. "FAS will start the 2011 calendar by setting up the academy for U-12 with the Samarahan Football Association."

Haidel reasoned out that the principle role of setting up the academy was to groom potential players for the age group competitions. "We have yet to see an academy established to cater for players 12 and below but we have one for above 12. I believe that football for U-12 is important to build a strong character of the players apart from focusing on developing individuals skills and teamwork."

He added that FAS would provide all its divisional affiliates coaches to assist in the grassroots development.

 -The Borneo Post- 19 Jan 2011


SARAWAK KEMPUNAN UJI KEKUATAN GEYLANG UNITED

Skuad Sarawak kempunan untuk menguji kehebatan pasukan dari negara jiran (Singapura) iaitu Geylang United pada perlawanan persahabatan yang dijadualkan berlangsung di Ibu Negara petang ini. Ia berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan  yang berlaku disaat-saat akhir sekaligus menyebabkan aksi pemanas badan buat barisan asuhan Haji Mohd. Zaki Sheikh Ahmad juga terpaksa dibatalkan.

"Jika mengikut jadual asal, kita dalam perancangan untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan termasuk dijadual menentang skuad elit yang juga kelab handalan dari Singapura (Geylang United) di Kuala Lumpur petang ini. Oleh kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan disaat akhir maka ia terpaksa dibatalkan termasuk beberapa aksi dengan pasukan lain di Semenanjung," tegas Zaki. 

Sambil pada masa yang sama beliau menyatakan, akan memastikan anak-anak buahnya menjalani latihan seperti biasa di Kuching ketika ini. Zaki berpendapat betapa perlu bagi dirinya memastikan para pemain melalui aksi "sparring" seumpama itu melihat masih ada masa bagi dirinya mengenal pasti beberapa kelemahan dalam pasukan termasuk pemain sediaada.

Bagaimanapun katanya, melihat kepada ruang yang ada makapendekatan kedua cuba dilakukannya dengan menjadikan skuad pelapis (Skuad piala Presiden) selain jagoan terbilang kotaraya iaitu skuad DBKU untuk menguji kemampuan pemainnya.

"Kita dalam proses mengurus untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Piala Presiden selain pasukan DBKU. Rasanya tiada masalah untuk tujuan itu," jelas Zaki sambil mengakui perlawanan tersebut akan berlangsung Jumaat ini menentang skuad Piala Presiden.

Di samping menguji kemampuan juara bertahan Liga Kuching 2010 -DBKU minggu depan dan kedua-dua perlawanan tersebut dijangka berlangsung di Stadiun Negeri, Petra Jaya.

-dipetik dari Utusan Sarawak 19 Januari 2011-