Skuad Sarawak kempunan untuk menguji kehebatan pasukan dari negara jiran (Singapura) iaitu Geylang United pada perlawanan persahabatan yang dijadualkan berlangsung di Ibu Negara petang ini. Ia berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan yang berlaku disaat-saat akhir sekaligus menyebabkan aksi pemanas badan buat barisan asuhan Haji Mohd. Zaki Sheikh Ahmad juga terpaksa dibatalkan.
"Jika mengikut jadual asal, kita dalam perancangan untuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan termasuk dijadual menentang skuad elit yang juga kelab handalan dari Singapura (Geylang United) di Kuala Lumpur petang ini. Oleh kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan disaat akhir maka ia terpaksa dibatalkan termasuk beberapa aksi dengan pasukan lain di Semenanjung," tegas Zaki.
Sambil pada masa yang sama beliau menyatakan, akan memastikan anak-anak buahnya menjalani latihan seperti biasa di Kuching ketika ini. Zaki berpendapat betapa perlu bagi dirinya memastikan para pemain melalui aksi "sparring" seumpama itu melihat masih ada masa bagi dirinya mengenal pasti beberapa kelemahan dalam pasukan termasuk pemain sediaada.
Bagaimanapun katanya, melihat kepada ruang yang ada makapendekatan kedua cuba dilakukannya dengan menjadikan skuad pelapis (Skuad piala Presiden) selain jagoan terbilang kotaraya iaitu skuad DBKU untuk menguji kemampuan pemainnya.
"Kita dalam proses mengurus untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Piala Presiden selain pasukan DBKU. Rasanya tiada masalah untuk tujuan itu," jelas Zaki sambil mengakui perlawanan tersebut akan berlangsung Jumaat ini menentang skuad Piala Presiden.
Di samping menguji kemampuan juara bertahan Liga Kuching 2010 -DBKU minggu depan dan kedua-dua perlawanan tersebut dijangka berlangsung di Stadiun Negeri, Petra Jaya.
-dipetik dari Utusan Sarawak 19 Januari 2011-
No comments:
Post a Comment