Friday, December 31, 2010

Isu penggunaan nama "Harimau Malaya" untuk pasukan bola sepak Malaysia

Aku tiada pernah terasa andai sekiranya gelaran 'Harimau Malaya' terus digunakan.... Kerana apa aku berkata begitu? Sebabnya cukup mudah, tidak semua perkara daripada slogan 1Malaysia itu dapat kita realisasikan. 'Harimau Malaya' sekadar merujuk kepada spesis haiwan yang disenaraikan sebagai terancam iaitu 'Harimau Malaya', dan nama ini pun telah lama digunakan. Pelik, mengapa baru kini ditimbulkan? Kenapa mesti terasa hati, tersinggung segala macam? Ditambah lagi dengan kata-kata seorang YB:

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan,"

kata beliau lagi:

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia,"

Dan ditambah lagi dengan ayat ini:

"... berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak."

Ternyata YB ini kurang membaca buku. Pak YB, 'Harimau Malaya' itu maskot, dan ia wujud atas satu nama haiwan karnivor iaitu 'Harimau Malaya'. Andai ditukar gelaran harimau Malaya itu kepada harimau Malaysia, tak menarik sungguh.

Buat Yang Berhormat, aku juga belia Sabah, dan aku tiada tersinggung langsung dengan penggunaan gelaran ini. Yang Berhormat, buatlah kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dalam akhbar, khuatir nanti terkena hidung sendiri.

Yang Benar,

Ampuan Awang
(Aku pun Belia Sabah jualah!)

**Dipetik dari BLOG  ( Ampuan Awang )

**Link berkaitan : Harimau Malaya



~ SADIEHAF Media Team ~

3 comments: