Semoga tahun 2011 memberi makna yang mendalam kepada kita semua dan sama-sama kita berdoa yang terbaik untuk pasukan bujang senang yang kita sayangi.Kami di SADIEHAF tiada lain yang kami harapkan pada tahun 2011 ini melainkan :-
1)Sarawak menjadi juara liga perdana 2011
2)Sarawak kembali ke liga super 2012
3)Sarawak berjaya menjulang salah satu dari mana-mana koleksi piala yang dipertandingkan oleh FAM (Kalau boleh Piala Malaysia)
4)Jumlah keahlian rasmi SADIEHAF bertambah
5)Kami di SADIEHAF berharap kami berjaya menjadi "pemain ke 12 dalam padang" tahun ini bersama semua fan's dan peminat bola sepak negeri
6)Stadium Sarawak kembali dibanjiri penyokong dan peminat setia
Kepada FAS, sekalung tahniah diucapkan kerana baru beberapa bulan pengurusan baru dilantik, kami sebagai peminat dapat lihat dengan jelas sinar kegemilangan yang bakal tercipta di tahun 2011 dengan pengisan program-program menarik dari semua jawatankuasa gabungan FAS.Tahniah Datu Sudarsono selaku presiden FAS & Semua exco dan majlis tertinggi FAS.Tidak dilupakan kepada semua presiden-presiden FA bahagian dari Kuching,Samarahan hingga ke Miri.
Datu Sudarsono Osman, Presiden FAS |
Hj Abd Zaki Sheikh Ahmad, Pengurus & Jurulatih |
Kepada kapten pasukan Sarawak yang baru mewakili kesemua pemain yang telah didaftarkan untuk menyarung jersey skuad Sarawak 2011,Sdr Zamri Morshidi serta kapten kedua pasukan, Sdr Shahrol Saperi,seperti yang biasa dibincangkan kita bersama,ini pesanan SADIEHAF kepada anda berdua dan semua pemain-pemain pasukan, "DIBAHU ANDA SEMUA LAH KAMI, PENYOKONG,PEMINAT,DIE HARD FAN'S,PENGIKUT SETIA PASUKAN SARAWAK SANDARKAN HARAPAN DAN SEMANGAT. DIBAHU KALIAN KAMI SANDARKAN PERASAAN DAN CITA-CITA TINGGI KAMI SEMUA DARI SELURUH PELUSUK BUMI KENYALANG, TOLONG KAMI, BANTU KAMI, "ANGKAT BALIT MIAK SARAWAK" ! ! ! !"
Shahrol Saperi |
ZM7 (Kapten) |
Ayuhhhhhh Jagoaaaannnnnkuuuuu, Ayuhhhhhh pahlawanku, Ayuh Si Bujang Senang, Ayuh Si NGAP SAYOT, kita bersatu dan berganding bahu memastikan sinar kegemilangan pasukan Bola Sepak Sarawak kembali.Kita pastikan pasukan kita digeruni rakan dan lawan sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini.
Belum pernah ada dalam buku sejarah mahupun kitab tamadun manusia kuno yang menulis anak Sarawak takut bila bertempur di padang.Tetapi sejarah pernah berkata, " Lihat lah pahlawan-pahlawan Sarawak di atas padang, mereka beraksi cemerlang dan penuh semangat juang umpama Rentap menentang musuh nya, Mereka berani dan tidak sama sekali takut umpama pahlawan Rosli Dhobi membunuh penjajah inggeris, Mereka berjaya hari ini kerana PENGURUSAN FAS,PEGAWAI PASUKAN,PEMAIN & PEMINAT mereka BERSATU HATI. Ayuhhh semua KITA NGAP AJAK SIDAK YAAA ! ! !
~ SADIEHAF Media Team ~
wah baruk perasan ada blog tuk.. tahniah la.. semoga dapat terus meluangkan masa updating blog tuk.. byk yg bukak blog psl swak football dah sik update blog agik.. blog mcmtuk la satu-satu nya cara kmk org swak yg nektuk menetap di kL utk follow progress team sarawak.. azam aku tahun tuk nk nangga semua match sarawak yg dekat2 ngan kl, n9, selangor and melaka.. semoga sarawak dapat nait balit ke liga super, baruk rami penyokong rajin g stadium agik
ReplyDelete