Thursday, December 30, 2010

Tahniah Malaysia ! ! ! Tahniah Harimau Malaya ! ! !

KITA JUARA ! ! !



Tahniah Harimau Malaya ! ! !

SADIEHAF berkongsi kegembiraan ini bersama seluruh penduduk Malaysia khususnya di negeri Sarawak dan kami merakamkan sekalung penghargaan tahniah khas untuk "semua pamain dan pegawai pasukan Harimau malaya" yang beraksi cemerlang sepanjang kejohanan Piala AFF Suzuki Cup yang berlangsung baru-baru ini.Kalungan ucapan tahniah ini ikhlas dari kami mewakili 32 etnik di seluruh pelusuk bumi kenyalang,Sarawak.

Kejayaan yang tercipta setelah hampir 14 tahun menunggu jelas amat menggembirakan semua peminat bola sepak di Malaysia.Dimana-mana semua bercakap dan bercerita soal kejuaraan yang kini dalam genggaman negara.

barisan pemain Harimau Malaya


Tidak kurang juga rasanya yang mengucapkan "terima kasih" kepada Y.A.B Perdana Menteri Dato' Seri Mohb Najib B. Tun Abdul Razak kerana menterjemahkan kegembiraan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia diatas kejayaan ini dengan menjadikan esok (Jumaat,31/12/2010) sebagai hari cuti.Pungumuman rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat perdana menteri tersebut berlaku sangat pantas tanpa ada seorang pun yang menjangka PM akan buat pengumuman tersebut dalam tempoh tidak sampai 5 jam selepas wira-wira Malaysia menjulang piala keagungan Asia Tenggara tersebut.Kedengaran juga cakap-cakap nakal dikalangan peminat yang berkata "Malaysia menang piala AFF Suzuki dapat cuti 1 hari, kalau Malaysia LAYAK ke Piala Dunia mungkin subsidi minyak akan dinaikkan".Begitulah antara cakap-cakap nakal di kedai-kedai kopi seluruh bandaraya Kuching.Masuk lah ke mana-mana warung dan kedai pasti semua bercerita tentang pahlawan negara yang menumbangkan sang garuda di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.

SADIEHAF a.K.a Sarawak Football DieHard Fan's juga tidak ketinggalan menyokong pasukan negara.Rombongan kami juga memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil ahad lepas bersama banner yang dibawa khas dari Kuching,Sarawak dan sejarah tercipta kerana buat pertama kali kami bergabung bersama-sama fan club-fan club lain dari seluruh negara dan diketuai oleh Ultras Malaya sewaktu di Bukit Jalil. Malah kami juga berkumpul bersama wartawan Berita Harian di Sport Planet Kuching bersama peminat-peminat yang lain menyaksikan perlawanan akhir di skrin gergasi yang dipasang khas di Sport Planet sewaktu perlawanan akhir kedua berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia.Wajar untuk seluruh penduduk Malaysia meraikan kejayaan ini secara besar-besaran.Mungkin ini hadiah paling bermakna untuk bola sepak Malaysia pada tahun 2011.Harapan kami di SADIEHAF tiada lain melainkan harapan agar satu hari nanti salah seorang pemain harimau malaya ini dipilih dari skuad Sarawak kerana kami yakin, pemain dari Sarawak juga berkemampuan untuk menggalas harapan negara di masa akan datang.

Sebagai kesimpulan, sekali lagi kami mewakili seluruh pelusuk penduduk di Bumi Kenyalang ini merakam kan setinggi-tinggi ucapan penghargaan tahniah buat kesemua pemain dan pegawai pasukan Harimau Malaya termasuk jurulatih K. Rajagopal  yang telah berjaya membuktikan MALAYSIA KEMBALI SEBAGAI KUASA BOLA SEPAK ASIA.Tiada lain yang kami harap kan selepas ini melainkan kemeriahan bola sepak negara kembali seperti sebelum ini kerana melalui sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh semua peminat bola sepak negara, nampak dengan jelas ada signal positif dari penyokong dan peminat bola sepak seluruh negara untuk mengembalikan kemeriahan di venue-venue perlawanan bola sepak tempatan.

Koleksi gambar :- 
















~ SADIEHAF Media Team ~

No comments:

Post a Comment