Friday, April 22, 2011

FAS Tambat Irwandy & Azlan

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Akhirnya menambat dua lagi muka baru dalam misi untuk memperkuatkan pasukan Sarawak musim ini.

Pemain tersebut adalah Arwandi Jampaka (Pertahanan) dan seorang lagi adalah Mohd Azlan Ahmad Jabri (Penjaga Gol) dari Perak.

Arwandi pernah menyarung jersi pasukan Sarawak pada tahun 2001 hingga 2003 manakala Mohd Azlan pernah bersama pasukan Sarawak pada musim 2005-2006 serta pernah menyarung jersi skuad MPPJ (2002) Perak (2003-2005) dan PDRM (2007).

Timbalan Presiden FAS, MOHD Abu Bakar Marzuki berkata, hasil perbincangan dalam mesyuarat yang diadakan baru-baru ini memutuskan untuk menggunakan khidmat kedua-dua pemain tersebut.Menurut Abu,Kehadiran mereka diharap mampu untuk menampung keperluan pasukan.

"Mereka telah menunjakkan keupayaan ketika ujian pemilihan dan memenuhi segala lriteria yang diinginkan".Kata abu.

Dua lagi pemain yang mengikuti pemilihan tersebut adalah Firdaus Morshidi (Pertahanan) dan seorang lagi adalah Ronald Denis (Pertahanan/tengah)

FAS kini dalam proses mendaftar kedua-dua pemain tersebut.Ini bermakna mereka boleh bermain pada bila-bila masa selepas proses pendaftaran selesai dan ianya bergantung sepenuhnya kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Sarawak amat memerlukan khidmat penjaga gol baru ketika ini kerana Sarawak ketika ini hanya mempunyai seorang penjaga gol iaitu Aidil mohamad manakala dua lagi penjaga gol masih dilanda masaalah kecederaan.

2 comments:

  1. Tranfer News. Berita Baik utk Team Sarawak

    ReplyDelete
  2. Tahniah pasukan sarawak..kekalkan kehebatan skuad bumi kenyalang..kemenangan bertemu pkns semalam memberi suntikan semangat kepada pasukan tahniah...!!!

    ReplyDelete