SADIEHAF bertolak ke bahagian Sibu pada hari Jumaat lepas untuk bersama-sama dengan SIBU FA menjayakan perasmian Liga Bola Sepak Sibu - Naim 2011 yang dirasmikan oleh Yb Larry Sng Ahli Dewan Undangan Negeri Pelagus.
Hari sabtu pagi kami diberikan peluang oleh sibu FA untuk mengadakan beberapa aktiviti bagi menambah seri program sebelum sepak mula kejohanan dimulakan pada jam 3 tengahari.Alhamdulillah, kami berjaya mengadakan klinik bola sepak bawah 12 tahun, pertandingan street soccer 3 lawan 3, pameran sejarah bola sepak negeri Sarawak dan meneruskan kempen keahlian ekslusif sadiehaf.Alhamdulillah, sambutan yang sangat menggalakkan dari semua pihak amat lah menggembirakan kami dalam menjayakan program yang telah dirancang.Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu yang baru iaitu Ybhg Hj Radin Kadri B. Hj Radin Budiman kerana telah menaja kesemua program bersama dengan Biro Ekonomi Pemuda PBB Negeri Sarawak.
|
Bergambar kenangan selepas perasmian oleh Hj Radin Kadri selaku penaung & pengasas klinik |
Apa yang menarik perhatian kami adalah Klinik Bola Sepak yang dianjurkan.Khabarnya klinik ini adalah yang pertama diadakan selepas beberapa tahun menyepi.Tetapi yang lebih menarik adalah keupayaan serta bakat yang ditunjukkan oleh anak-anak kecil di bahagian Sibu sangat hebat.Jurulatih yang bertanggungjawab juga memberikan komen yang serupa.Jika Sibu FA dapat membentuk mereka dengan betul, kami yakin barisan 30 orang pemain yang telah dipilih akan mampu untuk melahirkan aset yang tidak ternilai harga nya dalam sukan bola sepak bukan sahaja di bandaraya Sibu sahaja tetapi di negeri Sarawak dan Malaysia.Ibarat kata Hj Radin Kadri sewaktu ucapan perasmian klinik tersebut, "saya ingin melihat suatu masa nanti melalui klinik yang kita anjurkan ini ada pemain kelahiran Sibu yang berjaya mewakili Malaysia".
|
Jersi rasmi klinik tajaan Biro Ekonomi Pemuda PBB Negeri Sarawak |
Sememang nya diakui bakat yang ditunjukkan oleh pemain pelapis Sibu ini sangat menarik dan berpotensi untuk diketengahkan.Malah sadiehaf sendiri jika dibenarkan oleh sibu FA bersetuju dengan rela hati serta gembira untuk membentuk pasukan yang mantap melalui klinik bola sepak yang telah dirancangkan di masa akan datang.Kami yakin jika pemain-pemain muda ini dapat dibentuk dengan baik, suatu hari nanti pasti bintang mereka akan teserlah.Seramai 60 orang pemain telah menghadiri klinik tersebut namun kami hanya dapat memilih 30 pemain yang terbaik untuk mengikuti klinik diperingkat seterusnya yang dirancangkan sebanyak 2 kali dalam sebulan.keupayaan Kapten pasukan yang dipilih dikalangan pemain sahaja sudah cukup untuk menggambarkan betapa pasukan serba mantap ini mampu dibentuk untuk menjadi sebuah pasukan elit satu hari kelak.Beliau berkemampuan untuk melakukan rembatan di kedua-dua belah kaki,mampu untu melakukan rembatan dalam larian dan berkebolehan untuk bermain di pelbagai posisi yang berlainan.Sesuatu yang sukar ditemui dikalangan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun ketika ini.
Harapan kami di Sibu tiada lain melainkan HARAPAN agar klinik bola sepak yang telah diusahakan oleh Hj Radin Kadri ini mendapat sokongan padu dari semua penduduk bahagian Sibu dan seterusnya klinik ini dapat diteruskan dari masa ke semasa kerana amat sayang sekiranya bakat-bakat yang telah dikesan ini tidak digilap dengan sebaik mungkin.
|
Jurulatih sedang memberikan taklimat kepada pemain sebelum klinik bermula |
|
|
Kapten pasukan yang telah dilantik (di depan sekali & memegang bola) adalah pemain paling menyerlah |
|
|
|
Para pemain berbaris sambil membawa bendera negeri Sarawak |
Ini adalah cara yang paling berkesan bagi mencari bakat-bakat baru yang yang terpendam.seharusnya cara ini digunakan sejak dulu lagi.Misal nya di kampung saya,ramai anak muda yang berbakat.Tetapi bakat mereka tidak ke mana.
ReplyDeleteSekiranya saya berpeluang menyertai skuad SARAWAK,saya akan bermain bermati-matian,wang ringgit tidak penting bagi saya.Maruah BUJANG SENANG yang penting.
ReplyDelete