Thursday, February 24, 2011

Bahagian Betong & Semangat Tan Sri Alfred Jabu


Rombongan kami ke Sibu bertolak balik pada hari ahad dengan meninggalkan pelbagai kenangan.Kadang-kadang tergelak sendirian bila mengenangkan kami lewat bangun tidur pada hari sabtu akibat kepenatan memandu dari Kuching ke Sibu pada hari jumaat.

Perjalanan balik kami berbeza, sebuah kereta bertolak lebih awal,sebuah lagi bertolak sekitar jam 12tgh dan yang paling akhir sekali bertolak adalah kereta saya sendiri kerana saya merancang untuk bersama dengan penduduk Bahagian Betong untuk perasmian Liga Betong 2011 oleh YB. Tan Sri Alfred Jabu Ak Numpang,Timbalan Ketua Menteri Sarawak.Jalan raya dipenuhi kereta dan lori membuatkan kereta kami tidak dapat bergerak dengan lebih laju.Tetapi alhamdulillah kami selamat tiba di stadium mini Betong sekitar 5 minit sebelum Tan Sri Jabu menamatkan ucapan nya.

Saya amat terkejut dengan sambutan yang ditunjukkan penduduk bahagian Betong.Anda bayang kan keseluruhan stadium mini tersebut dipenuhi oleh penduduk Betong dan kawasan-kawasan sekitar nya.Betul lah kata orang, penduduk Betong sayang dengan Tan Sri Jabu.Maka tidak hairan lah stadium mini tersebut penuh.Pembukaan rasmi di Betong tidak lah terlalu "grand" tetapi ianya cukup meriah dengan persembahan oleh kumpulan - kumpulan tertentu dari anak tempata dan lain-lain.Dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tan Sri dan diakhiri dengan perlawanan pembukaan yang melibatkan pasukan finalist Liga Betong tahun lepas iaitu My Team Banker's dan Jagoan daerah Spaoh iaitu skuad Palados FC.Antara yang sempat saya dengar kandungan ucapan Tan Sri Jabu adalah beliau telah memohon untuk dibina sebuah pusat akuatik di bahagian Betong.Wah, penduduk Betong memang bertuah jika projek tersebut siap tidak lama lagi.

"I Love Football" Dari Tan Sri Alfred Jabu Ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak  
Menyerahkan Cenderahati SADIEHAF kepada YB Tan Sri Alfred Jabu

Sebagai simbolik perasmian kejohanan, Tan Sri Jabu melakukan sepakan bola ke tengah padang dan SADIEHAF mengambil kesempatan untuk mengambil tanda tangan Yb Tan Sri di sebiji bola yang telah di bawa dan sememang nya dikhaskan untuk ditanda tangani oleh Tan Sri."I Love Football".Itu yang ditulis oleh Tan Sri Alfred Jabu diatas bola yang ditandatangani oleh beliau.Semangat beliau amat kami kagumi dan kami yakin serta percaya Sukan Bola Sepak masih lagi sukan No 1 di Sarawak.Semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh Timb. Ketua Menteri Sarawak itu jelas menunjukkan yang Stadium Sarawak masih ada harapan untuk penuh seperti dahulu cuma nya kita perlukan sedikit masa untuk "mengubat luka lama mereka yang kecewa" suatu ketika dahulu.

"Maju Bola Sepak Bahagian Betong" Oleh Ybhg En. Nelson Kloni, Presiden Betong FA

Ayuhhh semua, kita ubat luka lama, kita pastikan kita kekal bersemangat dan sentiasa kekal dengan momentum kemenangan dalam memastikan pasukan Sarawak 2011 kembali ke kemuncak nya dibawah teraju kepimpinan Ybhg Datu Sudarsono Osman selaku presiden FAS yang baru.Sadiehaf sentiasa berdiri teguh dibelakang FAS dan keputusan ini tidak akan berganjak selagi FAS berada dilandasan yang betul seperti sekarang dan kami seru seluruh penduduk bumi kenyalang am nya dan semua penyokong pasukan bola sepak negeri Sarawak khusus nya untuk bersama dan bersatu untuk kita menjayakan misi,visi dan cita-cita Presiden FAS yang baru dalam mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak di negeri Sarawak.Amin!

No comments:

Post a Comment