Monday, February 28, 2011

Yayasan Sarawak Masih Menunggu Kemenangan Sulung



Liga K semalam  berlangsung dalam suasana panas apabila perlawanan diantara pasukan Yayasan Sarawak menentang Sarawak Energy apabila perlawanan tersebut hanya berlangsung selama 70minit sahaja sebelum pengadil perlawanan mengambil keputusan muktamad untuk MENAMATKAN perlawanan walaupun pada ketika itu Yayasan Sarawak sedang mendahului 3-0 hasil jaringan Shamsul Bujang, Hafiz Bakar & Sufizal Ismail.

Menurut maklumat sumber yang berada di padang Yayasan petang semalam, perlawanan tersebut sememang  nya panas dengan adegan siku menyiku, tackle keras serta tolak menolak yang agak keras.Kemuncak kepada perlawanan tersebut adalah apabila pemain pasukan Sarawak Energy iaitu "bekas" penyerang sensasi skuad Ibraco (Equator) Zakariato Gobel menerima layangan kad merah selepas menerima dua kad kuning kerana menyiku pemain Yayasan Sarawak.Kato yang tidak puas hati dengan keputusan pengadil dan penjaga garisan perlawanan meluru kearah penjaga garisan dan berlaku adegan yang tidak diingini dan ianya dikatakan berlarutan sehingga ke luar padang.

Menurut Hj Rakawi selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching melalui akhbar Utusan Sarawak hari ini, beliau akan meneliti laporan pengadil perlawanan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan lanjut.

Sementara itu Skuad Ngap Sayot yang kini dalam mood gembira setelah membelasah KL Post 5-1 jumaat lepas tiba di Ibu Negeri Johor dan akan turun menentang skuad MP Muar di stadium Jcorp Pasir Gudang pada hari Isnin,28 Februari 2011 jam 4.15pm.Diatas kertas skuad Sarawak tidak seharusnya menghadapi masaalah untuk mengatasi pasukan MP Muar.Jika dilihat kepada rekod keputusan musim lepas dan mengambil kira prestasi semasa pasukan Sarawak ketika ini, skuad Sarawak sepatutnya boleh menang dengan jumlah yang besar.Kemasukan penyerang baru Sarawak tahun ini, Khairul Azhar Eidroos  yang merupakan bekas penyerang harapan skuad MP Muar seharusnya bakal menjadi duri dalam daging kepada skuad MP Muar.

Jika dilihat kepada prestasi semasa Khairul Azhar Eidroos, beliau banyak dilihat sebagai pemain gantian samaada kepada Boby Gonzalez mahupun Zamri Morshidi.Namun peranan anak muda kelahiran Muar,Johor ini boleh dilihat sebagai seorang super-sub.Beliau menjaringkan "gol penyelamat" ketika Sarawak seri dengan Harimau Muda B.Beliau juga mencatit nama sebagai penjaring gol pada perlawanan menentang KL Post di selayang jumaat lepas.

Kedudukan Terkini Pasukan Sarawak 2011

Jadi kelibat penyerang ini harus diperhatikan oleh barisan pertahanan MP Muar.Bagi SADIEHAF pula, perlawanan ini dilihat sebagai kayu pengukur kepada Khairol sebagai pemain import pasukan Sarawak.dan menentang "pasukan lama" beliau.Sudah tentu faktor sentimental value bermain dikepala Khairol ketika ini kerana pasukan tersebut lah yang telah mengangkat nama beliau sebagai penyerang yang digeruni dihadapan gol kerana kelincahan beliau dan kepantasan melakukan rembatan.SADIEHAF berpendapat, Khairol perlu menunjukkan prestasi sebenar beliau sebagai bukti perpindahan beliau ke Bumi Kenyalang bukan lah satu perpindahan yang sia-sia.

Kepada pasukan Sarawak keseluruhan nya, doa SADIEHAF mengiringi kalian kelak.Semoga momentum kemenangan yang berlarutan ketika ini kekal berterusan sehingga penamat musim kelak,Tahniah diatas kemenangan membanggakan ketika menentang KL Post jumaat lepas dan pastikan kalian membawa pulang ke Kuching 6 mata penuh untuk dua perlawanan berturut-turut di tempat lawan sebelum kembali semula dan menunggu kunjungan skuad SIME DARBY pada 11 March 2011 kelak.


~ SADIEHAF Media Team ~

No comments:

Post a Comment