Friday, February 18, 2011

Pelancaran SADIEHAF Bahagian Sibu & Perasmian Kejohanan Liga Bola Sepak SIBU 2011

SADIEHAF akan bersama rakan-rakan di Sibu esok bersempena dengan perasmian Liga Bola Sepak Bahagian Sibu untuk tahun 2011.Perasmian kejohanan ini akan disempurnakan oleh Yb. Dato Sri William Mawan Ak Ikom (KPSU) dan turut hadir ke majlis ialah Datu Sudarsono Osman Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak dan Tn Hj Radin B. Hj Kadri selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu yang baru dan ianya akan dirasmikan pada jam 3 petang esok,Sabtu 19 Februari 2011.

Selain itu pada sebelah pagi, anda semua dijemput untuk bersama kami dan rakan-rakan yang lain untuk menyertai pertandingan street soccer 3 lawan 3 yang akan diadakan di padang letak kereta Masjid An Nur,Sibu.Hadiah menarik menanti pemenang di situ.Jadi jangan lepas kan peluang untuk menyertai kejohanan tersebut.

Sementara itu di padang penjara Sibu, kami akan adakan klinik bola sepak untuk kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.Antara lain klinik ini adalah bertujuan untuk melahirkan pemain-pemain berbakat dari bahagian Sibu.Selain itu klinik tersebut akan menjadi medan pengasah bakat bermain bola sepak untuk kanak-kanak seawal usia muda lagi dan ianya pasti sangat menarik ditambah dengan jurulatih kami yang berwibawa!Klinik bola sepak ini ditubuhkan oleh Biro Ekonomi Pemuda PBB Negeri Sarawak.

Pelancaran SADIEHAF peringkat bahagian sibu akan disempurnakan oleh Ybhg Tuan Hj Radin Kadri B. Hj Radin Budiman selaku presiden persatuan bola sepak bahagian Sibu dan pelancaran SMS ALERT SYSTEM yang mana sadiehaf adalah merupakan FAN CLUB YANG PERTAMA DI MALAYSIA YANG MENGGUNAKAN NYA akan disempurnakan oleh Ybhg En. Pandi Suhaili, Naib Ketua Pemuda PBB Negeri Sarawak.


Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menyertai kedua-dua aktiviti diatas, anda boleh ke Kanopi Pameran Sejarah Bola Sepak Negeri Sarawak.Anda akan dapat lihat sejarah ringkas penubuhan, Battle Cry yang pernah digunakan selain dari Ngap Sayot, lagu-lagu penyokong pasukan Sarawak,Jersi pasukan Sarawak 2011 dan tidak ketinggalan sudah semestinya anda berpeluang untuk memiliki Kalendar ekslusif SADIEHAF 2011 & Sticker kereta Ekslusif SADIEHAF.Kesemua nya ini anda boleh perolehi di kanopi pameran Sejarah Bola Sepak Sarawak.Semua ini termasuk pertandingan yang dianjurkan akan bermula seawal jam 7.30 pagi lagi.Jadi jangan lepas kan peluang keemasan untuk sama-sama menyertai nya.

Jadi apa tunggu lagi RAKAN - RAKAN di Sibu? Jom kita penuhkan PADANG PENJARA SIBU ESOK SEAWAL JAM 7.30PAGI ! ! ! !




~ Encang Sarawak Encang ~




~ SADIEHAF Media Team ~

No comments:

Post a Comment