"Kami Sudah Bersedia Sepenuh-nya"
Ini pesanan saya untuk FAS & pasukan Sarawak 2011.Jangan bimbang soal jumlah penyokong di stadium lagi sebalik nya selesaikan tugas anda dengan berjaya dan sempurna..Kami tuntut pasukan Sarawak 2011 untuk menjadi JUARA LIGA PERDANA 2011.
Hairul Faizee Hj Sa'aidin |
Kepada semua peminat,penyokong & Sarawak DieHard Fan's, ini pesanan saya :-
Jika kita ingin menjadi seorang penyapu jalanan, jadilah seorang penyapu jalanan yang hebat dan terbaik sepertimana Michael Angelo melakar lukisan nya, sapulah jalan anda seperti Beethoven mencipta lagu merdunya, sapulah jalan anda seperti hebatnya shakespeare mengarang puisi indah nya, sebab dikala anda menyapu jalan, seisi dunia akan berhenti dan berkatalah seisi dunia itu " Saksikan lah kalian semua, pada kala ini, ada seorang penyapu jalan yang paling agung di dunia sedang memperagakan kehebatan nya menyapu jalan dengan hebat sekali
Sebagai kesimpulan nya, saya menyeru kepada semua rakan-rakan dan sahabat semua, apa yang kita sedang lakukan ini jangan sekali-kali diberhentikan kerana kita baru bermula dan perjalanan panjang ini perlu dan wajib ditamatkan dengan jayanya.Ini adalah percubaan pertama kita semua dan jika kita berjaya, itu adalah BONUS kerana Thomas Edison sewaktu percubaan beliau mencipta mentol lampu, cubaan kali ke 1001 baru mentol itu berjaya dinyalakan pada 22 Oktober 1879.Jadi hari ini saya menyeru semua penyokong dan peminat sukan Bola Sepak Negeri Sarawak supaya kita semua kembali bersatu dan memberikan sokongan padu untuk pasukan Sarawak 2011.Buat lah yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan.Selesai menjalankan tugas terbaik, anda akan dapat lihat seisi alam akan diam kerana gerun melihat hasil kerja yang kita telah lakukan.
Kita mulakan kempen penyatuan ini dengan mengadakan "kempen mengumpul 10,000 tanda tangan penyokong pasukan Sarawak 2011" yang bermula hari ini dan akan berakhir pada 23 janurai 2011 kelak di tebingan Kuching.Kempen ini diadakan diseluruh negeri Sarawak dan maklumat berkenaan lokasi untuk tanda tangan dimaklumkan di bahagian kiri BLOG ini.Seterusnya insyaAllah kami akan membuka "SADIEHAF CONTROL" iaitu sebuah kedai menjual cenderamata dan koleksi barang-barang pasukan Sarawak 2011.Anda perlu pergi ke kedai ini kerana setiap hari ada kejutan barang-barang istimewa yang akan dikeluarkan oleh kami.Jangan terkejut jika anda bertuah, mungkin anda berpeluang melihat sendiri kasut boot "custom design special edition" yang akan direka khas mengikut size dan bentuk kaki salah seorang pemain pasukan Sarawak 2011 dan hanya diedarkan berjumlah 50 pasang di seluruh dunia!Nantikan semua ini hanya di SADIEHAF.Kepada rakan-rakan yang tinggal di luar Kuching, anda jangan risau dan bimbang kerana kami pasti tidaka akan melupakan kalian.Kita akan sentiasa aktif dan rapat melalui program-program penyokong yang telah dirancang dan hanya menunggu dijalankan sahaja.
Jangan malu untuk turunkan tanda tangan anda sebagai tanda sokongan buat pasukan Sarawak 2011
Sekian,
Salam Hormat .
Hairul Faizee Hj Sa'aidin
Pengurus Besar
Sarawak DieHard Fan's (SADIEHAF)
~ Bro SADIEHAF ~
Mohon maaf atas kesilapan ejaan nama "Benthovan"..Yang sebenar nya adalah Beethoven atau nama penuh nya "Ludwig van Beethoven" seorang penulis lirik dan pemain piano yang hebat dan terkenal.
ReplyDelete