Thursday, January 13, 2011

Kempen Kami Pada Hari Pertama

EASY BACHELORS @ BUJANG SENANG
Alhamdulillah, kempen kita pada hari pertama berjalan dengan lancar walaupun hujan merintis di kedua-dua lokasi yang dituju.Lokasi pertama kami bersama Skuad Perodua ERA hari ini adalah di Lim Kok Wing University di jalan Nanas, Satok.Sambutan yang diberi sungguh menggembira kan dan yang paling menarik, mereka datang dan turunkan tanda tangan bukan lah disebabkan hadiah yang disediakan oleh Skuad Perodua ERA sebalik nya atas dasar semangat.Jelas dapat dilihat melalui tutur kata anak-anak tempatan ini bahawa mereka masih sayangkan pasukan Sarawak dan mereka juga menuntut pasukan Sarawak mengembalikan kegemilangan pasukan suatu ketika dulu.Terdengar suara-suara mereka menyebut "aku ngap sayot juak bah dolok".."Semangat bujang senang gik kuat eyhh".."Aku laa nok mecah gate stadium negeri marek nyerbu ke padang"..Tahniah Lim Kok Wing..Terima Kasih yang tidak terhingga dari kami.


Lim Kok Wing University
Lim Kok Wing University


















Lokasi kedua kami pada hari pertama adalah di sekitar Smk Tun Abang Haji Openg..Menunggu lintasan Skuad Perodua ERA yang lewat 5 minit lewat dari jadual.Kami tetap terus bersama walaupun hujan renyai-renyai turun.Wahh....Kami diserbu oleh sebahagian pelajar yang berebut-rebut untuk menurunkan tanda tangan mereka."Kamek pun support Sarawak bah"..Itu antara kata-kata mereka dari SMK TAHO..Tahniah juga kepada anda semua yang telah menurunkan tanda tangan di kain rentang kami.Terima Kasih juga kepada Skuad Perodua ERa yang sudi bekerjasama dengan kami menjayakan kempen yang khabar nya julung-julung kali diadakan ini.
SMK Tun Abang Haji Openg
APA CITA TOK?
Bersama Pemenang Hadiah dari Skuad Perodua ERA Kuching
(96.1 ~ Kuching)
















Esok (Khamis,14/1/2011) lokasi kami pada jam10.30 pagi adalah disekitar Kolej Swinburne di Simpang 3 dan seterusnya pada tengahari kami akan berada di Kolej Abdillah, Petrajaya.Jadi apa tunggu lagi?jangan lepas kan peluang keemasan ini untuk terus menerus bersama kami menjayakan kempen mengumpul 10,000 tanda tangan penyokong pasukan Sarawak 2011.




** GALERI GAMBAR : - Gambar hari pertama Kempen Mengumpul 10,000 tanda tangan penyokong pasukan Sarawak 2011



Ayuhhh miak Sarawak kita tunjuk kita terer ~ Angkat Balit By UKOO Ft Fazz



~SADIEHAF Media Team~

No comments:

Post a Comment