Wednesday, January 12, 2011

Pelancaran Kempen Mengumpul 10,000 tanda tangan penyokong pasukan Sarawak 2011

Kempen ini bertujuan untuk mengumpul 10,000 tandatangan para penyokong pasukan Sarawak sebagai menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Sarawak yang akan memulakan aksi Liga Perdana 2011 tidak lama lagi. Selain itu, kempen ini bertujuan untuk menarik minat para penyokong pasukan Sarawak 2011 untuk kembali ke stadium dengan memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi buat pasukan Sarawak 2011 pada setiap perlawanan yang berlangsung sepanjang musim liga Malaysia 2011 dijalankan. Dengan harapan stadium Sarawak akan kembali penuh seperti ketika zaman dan era kegemilangan pasukan Sarawak suatu ketika dahulu.

Poster Kempen
Kempen ini akan diadakan di seluruh negeri Sarawak dan akan berakhir pada 23.01.2011. Semua tandatangan para penyokong akan diserahkan kepada kapten pasukan Sarawak 2011 (Sdr Zamri Morshidi a.K.a ZM7) pada tarikh tersebut sewaktu majlis penyokong bersama skuad Sarawak 2011. Majlis tersebut merupakan perarakan raksasa penyokong pasukan Sarawak dengan perarakan dimulakan dari padang merdeka dan berakhir di waterfront Kuching. Perarakan itu juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan para pemain dengan para penyokong dimana para penyokong pasukan Sarawak dapat mengenali pemain-pemain pasukan Sarawak 2011 dengan lebih dekat lagi disamping boleh beramah mesra dengan mereka. Selain itu juga, ia adalah salah satu cara bagi para penyokong memberi dan menyatakan sokongan yang padu dan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Sarawak 2011. Perarakan ini juga akan dihadiri oleh semua pemain pasukan Sarawak 2011, pegawai pengurusan pasukan, pegawai-pegawai FAS termasuk Presiden dan Timbalan Presiden FAS sendiri.

Radio ERA Kuching (96.1)  selaku radio rasmi pasukan Sarawak 2011 juga telah menyatakan persetujuan untuk bersama 100% dalam menjayakan kempen yang telah dirancangkan ini.Buat peminat bola sepak dibahagian Kuching & Samarahan, kempen ini akan bersama dengan Skuad Perodua Era di semua lokasi mereka dan pastikan bermula hari ini anda menyerbu lokasi Skuad Perodua Era untuk menurunkan tanda tangan anda sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi buat pasukan Sarawak 2011.(Maklumat lokasi ada disediakan)

HARAPAN PENYOKONG BUAT PASUKAN SARAWAK 2011:
       -Mengembalikan zaman dan era kegemilangan pasukan bola sepak Sarawak

2.    -Membuktikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari para penyokong untuk pasukan Sarawak

3.    -Menunjukkan kepada pemain bahawa seluruh rakyat Sarawak masih mengharapkan pasukan Sarawak lebih bersemangat tinggi

4.    -Membuktikan kepada semua bahawa pasukan Sarawak masih memiliki penyokong setia berjumlah setidak-tidak nya berjumlah 10,000 orang.


"Laju Miak Sarawak Kita Tunjuk Kita Terer ~Lirik Lagu Angkat Balit By UKOO~" 



~ ~ SADIEHAF Media Team ~


~

No comments:

Post a Comment