Wednesday, March 2, 2011

Sarawak Die Hard Fan ~ SADIEHAF



Semua meratapi kekalahan 2-0 Sarawak keatas MP Muar walaupun sebelum mula nya sepak mula perlawanan tersebut malah semenjak pemergian skuad Ngap Sayot ke semenanjung Malaysia, semua bercerita tentang dua kemenangan berturut-turut yang bakal diperolehi oleh Sarawak.

Memulakan langkah bergaya dengan membelasah KL Post 5-0.Para pemain bertolak ke Johor Bahru dengan penuh semangat pada hari sabtu lepas.Perlawanan pada hari isnin di Stadium Jcorp Pasir Gudang bermula jam 4.15pm dan dihadiri kira-kira 40-50 orang penyokong pasukan Sarawak yang merupakan pelajar di Johor.

Ramai yang kecewa apabila meratapi kekalahan 2-0 tersebut.Namun apa yang lebih penting disini adalah semangat setiakawan dikalangan penyokong dan keutuhan tekad untuk menyokong pasukan Sarawak sama ada menang mahupun kalah serta dalam misi untuk bersama-sama dengan FAS untuk mengembalikan sinar bola sepak di negeri Sarawak pada tahun ini (2011).

Jangan pandang ke belakang lagi kerana itu semua sudah berlalu.Memandang kebelakang bermakna melambatkan perjalanan untuk kehadapan.

Jadi kita semua penyokong perlu terus bersatu padu demi memastikan misi untuk memartabatkan kembali sukan bola sepak di negeri Sarawak tercapai.Kita jumpa di stadium negeri pada 11 Mac ini...Sarawak vs Sime darby jam 4.15pm...

6 comments:

  1. sokong skuad piala presiden 7hb tok lok...

    ReplyDelete
  2. bro .. pembetulan sikit .. sarawak menang 5-1 menentang KL Pos .. bukan 5-0 .. tq bro ..

    ReplyDelete
  3. Pembetulan :-

    Sarawak menang 5-1 pada perlawanan menentang KL Post tempoh hari dan bukannya 5-0 seperti yang tersebut diatas..Mohon maaf semua...Thank's..

    ReplyDelete
  4. i dgr pengadil berat sebelah time lwn PKNS marek bro..bna ka? Khalid Zaidi ceta ngn i

    ReplyDelete