Sarawak 2011
Memburu Detik Gemilang
Sarawak 2011 |
Dengan gaya penulisan yang santai dan lebih berkisar kepada temuramah-temuramah bersama pemimpin FAS,Jurulatih,pemain, bekas pemainserta bekas jurulatih.Tidak ketinggalan kepada anak-anak muda negeri ini yang hanya mengetahui nama "Ngap Sayot", didalam majalah ini ada diceritakan bagaimana tercipta nya nama Ngap Sayot tersebut dan diceritakan sekali bagaimana Sarawak suatu ketika dahulu pernah keluar dari FAM!!!Melalui majalah ini juga anda semua berpeluang untuk mengetahui sejarah bagaimana Datu Sudarsono Osman (Presiden FAS 2011) terlibat didalam sukan bola sepak & seterusnya memimpin FAS bermula dengan menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri sewaktu beliau berkhidmat di sana dan kembali ke bahagian Kuching.Beliau juga pernah "keluar" seketika dari FAS dan kembali apabila melihat sukan bola sepak memang tidak dapat jauh lari dari diri beliau.Dapat kan temubual ekslusif ini hanya di majalah ini.
Pengurus Besar SADIEHAF (Kiri Sekali) menyerahkan senaskah majalah kepada YB Larry Sng (Menteri Muda Dipejabat Ketua Menteri Hal Ehwal Belia Negeri Sarawak) |
Majalah setebal 36 muka surat ini cuma berharga Rm3.90 dan sudah mula dijual.Wakil-wakil SADIEHAF di bahagian-bahagian lain selain dari Kuching sedang dilantik bagi memastikan semua peminat & penyokong pasukan Sarawak 2011 berpeluang memiliki majalah ini dan maklumat berkenaan wakil jualan majalah ini di setiap bahagian akan dimaklumkan kemudian kepada anda semua kelak.Namun jika anda berminat untuk membuat pembelian awal, anda boleh menghubungi kami di talian yang disediakan dibawah untuk urusan lanjut berkenaan alamat penghantaran dan sebagai nya.Namun kami mengenakan caj penghantaran mengikut jenis atau medium penghantaran yang dipilih sendiri oleh saudara-saudari semua..Mungkin inilah kenangan kita bersama untuk 2011 sebagai penyokong dan peminat pasukan Sarawak dan pastikan kenangan ini kita simpan dan diabadikan dengan setiap seorang dari kita memiliki majalah yang sangat hebat dan menarik ini.
Buat sahabat-sahabat dibahagian Kuching yang berminat untuk memiliki majalah ini, anda boleh terus ke SADIEHAF CONTROL (Ibu Pejabat SADIEHAF) di Matang dan jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan untuk memiliki majalah ini, anda boleh menghubungi kami di talian 082 - 649 927 / 010 - 9688411.
helo can u please give me en. awang shahferi's biograhy please? i need to do a foilio about wartawan sukan please
ReplyDelete