Tuesday, March 8, 2011

Kami Akan Bersama Yang Lain Menyokong Skuad Piala Presiden Sarawak



Setelah melihat serta mengamati keupayaan skuad piala presiden pada perlawanan petang semalam saya membuat kesimpulan bahawa pasukan ini akan lebih berani menambah jumlah jaringan jika ada SADIEHAF di tepi padang selaku penyokong dan pemain ke 12 pasukan.

Sehubungan dengan itu, kami akan mengemaskini jadual aktiviti kami dan insyaAllah, saya akan cuba minta kerjasama sahabat-sahabat didalam kumpulan chanting SADIEHAF untuk turun dan bersorak seperti biasa pada perlawanan yang melibatkan skuad Piala Presiden juga.

Penyerang Sensasi Sarawak, Hadera Bakri Meraikan Gol Pertama Jaringan Beliau Bersama Rakan2 Lain


Saya yakin, jika SADIEHAF berada di tepi padang, ia akan dan bakal menjadi badi untuk skuad lawan & seterusnya menaikkan semangat juang pemain-pemain Skuad Piala Presiden Sarawak ini.Kerana melalui pengamatan saya di tepi padang semalam, dapat dilihat dengan jelas beberapa orang pemain yang sudah boleh diketengahkan ke skuad senior untuk menambah ilmu dan pengalaman masing-masing & sudah tentu Ketua Jurulatih skuad Piala Presiden Sarawak iaitu Shamsurin Abdul Rahman lebih tahu & arif dalam mengendalikan perkara ini.

Semoga bola sepak negeri Sarawak terus maju dari masa ke semasa.Jika pasukan kita yang serba kekurangan pada 1989 boleh menjadi pesaing hebat & salah sebuah pasukan yang digeruni di Malaysia ketika itu, kenapa tidak skuad Sarawak tahun ini.

~ Apa Tunggu Lagi ? Encang Sarawak Encang ~

No comments:

Post a Comment