Bertempat di Godown Amphiteatre tebingan Kuching, Hari ini akan dilangsungkan satu program yang kembali dihidupkan setelah sekian lama tidak kedengaran.
Sesi Pemain Bertemu Peminat Pasukan Bola Sepak Sarawak 2011
Program yang diadakan ini adalah anjuran FAS,SADIEHAF,Sarawak Football Fan Club (SFFC) dengan kerjasama LEA Sports Centre dan Radio ERA Kuching.Sidang media berkenaan program tersebut juga telah diadakan pada hari jumaat lepas.Menurut En.Peter Moni selaku pengerusi jawatankuasa penganjur merangkap presiden SFFC, Pemain dan pegawai pasukan Sarawak akan diiringi oleh Motosikal Berkuasa Besar (Big Bikers) sehingga ke water front sebelum disambut dengan paluan kompang oleh SFFC.Program akan dimulakan dengan sesi memperkenalkan pemain dan pegawai pasukan Sarawak 2011 kepada semua fan's pada jam 2 tengahari.Menurut beliau, dijangkakan sekitar 1000-2000 peminat dijangka memenuhi lokasi tersebut petang ini.
Selain itu, Sarawak Football Die Hard Fan's (SADIEHAF) akan membuka kaunter untuk pendaftaran keahlian pada hari ini dan 3 orang pendaftar bertuah akan menerima hadiah jersey (HOME) yang ditaja oleh LEA Sports Centre,Selain itu, kelebihan-kelebihan lain yang akan diperolehi apabila mendaftar menjadi ahli adalah, setiap ahli akan menerima kad keahlian eksklusif dan seterusnya layak untuk menerima diskaun pembelian berjumlah (15%) untuk semua produk di Lea Sports Centre di seluruh negeri Sarawak.Selain itu, ahli juga bakal mendapat diskaun dan pelbagai privilage istimewa apabila mereka membeli belah di SADIEHAF CONTROL iaitu pusat operasi SADIEHAF yang terletak di Matang,Kuching.Jadi jika anda berminat, pastikan anda hadirkan diri anda petang ini untuk bersama dengan pemain dan penyokong-penyokong lain,untuk mendaftar keahlian untuk bergelar penyokong kepada pasukan Sarawak 2011.
SADIEHAF juga akan membuka booth untuk jualan cenderamata hari ini di waterfront.Antara barangan yang dijual di Waterfront adalah JERSEY RASMI SKUAD SARAWAK 2011 (Sama kualiti dengan apa yang diguna pakai oleh pemain di padang), Kalendar ekslusif SADIEHAF yang mempunyai 3 design yang tersendiri dan sangat menarik serta pelekat kereta SADIEHAF yang mempunyai 2 design tersendiri dan berlainan size.Jadi apa tunggu lagi? Stok - stok ini pasti akan habis dijual sebelum jam 5 petang ini.Jika anda berlengah, anda mungkin akan menunggu lebih lama untuk mendapat cenderamata-cenderamata ekslusif ini.
Jangan fikir apa-apa lagi, Jom kita penuhkan Waterfront petang ini.Jangan takut jeraya jem, jangan takut nangga tempat padat dan sempit,apa yang perlu hari ini ialah ANDA PASTIKAN kita berjumpa di Kuching Water Front Jam 3tgh hari ini!
~ SADIEHAF Media Team ~
No comments:
Post a Comment