Surat khabar tempatan hari ini hampir kesemua nya menyiarkan berita berkenaan temu ramah media bersama Jurulatih Hj Abdul Zaki Sheikh Ahmad selepas tamat perlawanan persahabatan pasukan Sarawak menentang adik mereka,skuad Piala Presiden Sarawak yang berkesudahan dengan kemenangan 2-1 dimenangi pasukan Sarawak.
Skuad Piala Presiden yang mendapat Pengurus Baru pada tahun ini mendahului permainan melalui jaringan bekas penyerang skuad Sarawak 2010, Hadera Bakri.Penguasaan mereka berterusan hingga tamat separuh masa pertama sebelum permainan kembali seimbang setelah Hairol Mokhtar menyamakan kedudukan dan seterusnya sewaktu masa kecederaan, bekas penyerang pasukan MP Muar, Hairul Adzhar Eidruce menjaringkan gol kemenangan pasukan Sarawak.
SADIEHAF yang tiba di stadium sedikit lewat hanya sempat menyaksikan gol penyamaan pasukan Sarawak dan juga gol kemenangan oleh Hairul Adzhar selepas itu.Tetapi yang ingin diperkatakan disini bukan lah kemenangan 2-1 tersebut.Sebalik nya yang ingin dipersoal kan disini adalah sejauh mana kebenaran kata-kata Hj Zaki tentang ketumpulan penyudah barisan hadapan Bujang Senang ini?
Saya bukan seorang jurulatih (Malah tak pernah hadir mengikuti kursus kejurulatihan pun) namun saya melihat kelemahan utama skuad Sarawak 2011 ini bukanlah terletak pada ketumpulan bahagian serangan seperti yang dikatakan oleh Hj Zaki.Sebaliknya sebagai penonton, saya melihat barisan hadapan pasukan cukup mantap.Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan benar-benar mantap.Cuma yang kelihatan Zamri Morshidi nampak masih belum serasi digandingkan bersama Benedict Martin atau Hairul Adzhar Eidruce mahupun Shahrol Saperi.Mungkin mereka ini perlukan latihan tambahan bagi membolehkan mereka lebih serasi."Latihan Tambahan" tersebut bukan semestinya diatas padang.Mungkin diluar,mungkin di rumah atau mungkin di panggung wayang.InsyaAllah, mereka ini akan lebih serasi sedikit masa lagi.Saya tidak risau dengan mereka.
Seperkara yang saya lihat dan perhatikan tentang kelemahan pasukan Sarawak adalah dibarisan pertahanan.Mereka kelihatan terlalu goyah dan ampuh serta mudah dijinakkan oleh penyerang lawan.Lihat sahaja kelibat penyerang-penyerang muda skuad Piala Presiden.Kaedah taktikal yang digarapkan oleh Shamsurin Abd Rahman nampak mengkucar-kacirkan pertahanan Sarawak ditambah dengan kelajuan yang ada pada mereka.Hanya kerana perasaan "takut" mereka kepada abang, mereka seperti sedikit goyah.Namun nampak jelas pertahanan pasukan Sarawak serba lemah.Nampak jelas juga dibawah itu tidak ada seorang pun yang boleh memberikan "arahan" kepada yang lain.Peranan itu sebelum ini digalas oleh Fadly Kassim.Sekarang Fadly Kassim sudah tiada, maka tiada lagi orang paling bawah yang boleh mengawasi dan memberi arahan kepada semua di bahagian bawah."Penjaga Gol Import" juga nampak goyah.
Saya rasa melalui pemerhatian yang sekejap serta pengalaman saya yang langsung tiada dalam ilmu kejurulatihan bola sepak,itulah yang saya dapat gambar kan dan komen.Jika salah, saya mohon maaf.Kerana apa yang saya tulis ada adalah melalui apa yang saya lihat.Saya juga mendengar rakan-rakan penonton di kiri dan kanan kerusi berkata mengenai perkara yang sama sesama mereka.Jadi, harapan saya adalah agar Hj Zaki dapat melihat sejauh mana kebenaran apa yang saya perkatakan ini.Beliau lebih pakar dan arif dalam bidang yang beliau ceburi.Namun apa yang saya harapkan adalah jika terdapat kebenaran dari apa yang saya perkatakan, tolong perbetulkan sebaik mungkin barisan bawah tersebut.Jika didapati salah, saya mohon maaf.
~ SADIEHAF Media Team ~
penonton adalah pemerhati terbaik selalunya...
ReplyDelete