Thursday, December 9, 2010

Tiket Percumaaaaaaa ! ! !

 
Anda AHLI RASMI SADIEHAF ? Anda BUKAN ahli rasmi SADIEHAF? Kami tak peduli itu semua.Apa yang kami peduli ADAKAH ANDA SEMUA PENYOKONG SETIA BOLA SEPAK SARAWAK ? ? ?

Jika jawapan anda adalah YA,SAYA PENYOKONG SETIA BOLA SEPAK SARAWAK, kami dengan segala hormat dan penuh takzim nya menjemput anda semua ke stadium negeri petrajaya,Kuching untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara pasukan kesayangan kita menentang pasukan pilihan Radio ERA.

Selain dari perlawanan persahabatan,malam tersebut bakal dimeriahkan lagi dengan pelancaran JERSEY RASMI PASUKAN SARAWAK 2011,Pengistiharan barisan pemain dan pegawai pasukan negeri Sarawak 2011,Live Band,Cabutan Bertuah dan banyak lagi.PALING PENTING,khabarnya salah satu aktiviti yang akan diadakan bermula jam 8malam itu adalah acara menyanyikan lagu pasukan Sarawak yang bertajuk "NGAP SAYOT" yang akan dipimpin oleh SADIEHAF a.K.a Sarawak Football DieHard Fan's Community dan dinyanyikan beramai-ramai bersama semua yang hadir pada malam tersebut secara bersama.Pasti ramai yang merindui detik2 kegemilangan zaman lampau tersebut dan pada malam 18 Disember ini, saya menyeru kepada semua untuk bersama memenuhkan stadium dan bersama dengan SADIEHAF,kita menyanyikan lagu KERAMAT NGAP SAYOT ! ! !

BERAPA HARGA TIKET ? ? ?

Free Of Charge...Anda boleh dapatkan tiket ini melalui RADIO ERA..TETAPI,EKSLUSIF UNTUK SEMUA PENYOKONG,PENGIKUT,DIEHARD FAN'S,AHLI RASMI @ TIDAK RASMI SADIEHAF,Anda boleh mendapatkan tiket tersebut melalui kami (SADIEHAF).Anda hanya perlu menghantar email (sadiehaf@gmail.com) @ PM INBOX FB SADIEHAF di laman facebook SADIEHAF a.K.a Sarawak Football DieHard Fan's Community dan atau menghubungi seketariat SADIEHAF di talian 082-649927 di waktu pejabat untuk mendapatkan tiket percuma tersebut.Jika anda ingin mendapatkan tiket melalui e-mail @ PM Inbox Sadiehaf di FB anda hanya perlu menyatakan niat anda(Tajuk)nyatakan nama anda,alamat,No Hp Untuk dihubungi dan jumlah tiket yang diperlukan.Tiket-tiket tersebut boleh dikutip di ibu pejabat SADIEHAF di Matang @ Sports Planet Kuching @ mungkin anda boleh berbincang dengan seketariat SADIEHAF melalui telifon untuk menghantar tiket tersebut ke rumah anda(Mun dekat boleh laa bro,,mun jauh,paham-paham laa,hehehe)

Memandangkan jumlah tiket bersama kami tidak banyak,saya mohon jasa baik anda semua untuk membuat tempahan awal bagi mendapatkan tiket tersebut bagi memudahkan proses pengagihan dan penghantaran tiket kepada anda.InsyaAllah,tiket akan mula diagihkan kepada semua yang mendaftar untuk mendapatkan tiket melalui SADIEHAF bermula dari 15/12/2010 (RABU)

SADIEHAF akan maklumkan kepada anda dimana lokasi untuk kita semua akan berkumpul bersama didalam stadium (Sik mok dudok dengan SADIEHAF pun sik da hal,tapi mun mok,sangat dialu-alukan :~)..Ada apa-apa gadget seperti vuvuzela?Jangan ditinggalkan di rumah sahaja,Bawa sekali.Jom kita support FAS,Support Bola Sepak Sarawak,Support Skuad Sarawak dengan hadir bersama-sama memeriahkan serta menyokong program gilang gemilang yang telah dirancang khas oleh FAS ini.. 

Apa lagi tunggu bro?Tempah tiket anda sekarang atau anda bakal mendengar kemeriahan malam tersebut dari rakan-rakan anda sahaja.Hebah dan Hebohkan  berita ini,maklum kan kepada rakan sekerja,sahabat handai,kenalan,jiran sekampung,teman bergossip dan semua sekali.

PASTIKAN BANDARAYA KUCHING 18/12/2010 INI SUNYI & SEPI KERANA KITA SEMUA SEDANG BERSAMA - SAMA SERONOK DI STADIUM NEGERI,SARAWAK ! ! ! 

Buang lah jauh - jauh sifat iri hati, hasad dengki, berprasangka buruk, tuduh menuduh,menyebar berita-berita yang tidak betul tentang bola sepak negeri Sarawak.AYUHHHHHH ! ! !Kita bergabung, bersatu dan bersama mengembalikan kegemilangan Bola Sepak SARAWAK ! ! !


~Teruskan Agenda Penyatuan Penyokong Pasukan Sarawak~

~SADIEHAF Media Team~

No comments:

Post a Comment