Thursday, December 9, 2010

Sesi Perbincangan FAS Bersama SADIEHAF & SFFC

Berikut adalah kandungan perbincangan serta resolusi yang telah dicapai hasil dari perbicangan tersebut :-

Tarikh :- 7  Disember 2010
Tempat :- Sadong Room,Hotel Grand Magherita
Kehadiran :-
1)Datu Sudarsono Osman (Presiden FAS)
2)En. Razali Dolhan (Naib Presiden FAS)
3)En. Abdullah Julaihi (Setiausaha Agung FAS)
4)En. Hairul Faizee Hj Sa'aidin(Pengarah Urusan SADIEHAF,Sarawak Football DieHard Fan's Community)
5)En. Peter Moni (Presiden SFFC,Sarawak Football Fan Club)
6)2 Orang wakil SADIEHAF
7)2 Orang Wakil SFFC

Perkara & Resolusi

1)Datu Sudarsono selaku presiden gembira dengan kewujudan fan's club untuk pasukan Sarawak yang secara tidak langsung dapat membantu FAS menggerak penyokong kembali ke stadium musim depan.
2)Presiden menegur serta berpesan kepada semua fan's agar pastikan momentum sokongan terhadap pasukan kekal ketika menang mahupun kalah.
3)Jika ingin kekal berjaya sebagai fan's club,mesti ada 3i - Improve , Involve , Inspire

4)SFFC memaklumkan :-
  • Mereka sudah tidak aktif hampir 3 tahun bermula penghujung 2007.Web site tidak dapat di update kerana orang yang bertanggungjawab dan memegang kata akses untuk update web site tersebut kini berada di luar negara dan gagal untuk dihubungi.
  • Status pedaftaran mereka adalah dibawah FAS dan terletak serta ditubuhkan dibawah jawatankuasa penyokong FAS dan mula bergerak sewaktu FAS diterajui oleh Allahyarham Dato Taha Ariffin.
  • Tidak membuka keahlian kepada umum memandangkan ianya ditubuhkan dibawah FAS dan tidak didaftarkan bersama ROS.
  • Aktif membantu pasukan Sarawak saban tahun melalui kumpulan gendang mereka sewaktu perlawanan-perlawanan pasukan Sarawak di Kuching
  • Menyatakan minat untuk terus bersama menyokong FAS dalam mengembalikan sinar bola sepak tempatan
5)SADIEHAF memaklumkan :-

  • SADIEHAF didaftarkan sebagai sebuah syarikat persendirian dan membuka keahlian kepada umum dan menawarkan  privillage atau kelebihan kepada mereka yang mendaftar sebagai ahli.(Kaedah yang digunakan oleh hampir 90% fan club yang wujud di semenanjung Malaysia)
  • Menceritakan sejarah ringkas,matlamat,sebab-sebab asas serta tujuan penubuhan 
  • Memaklumkan aktiviti terkini iaitu aktiviti yang telah dijalankan,aktiviti yang bakal diadakan dan aktiviti yang sudah dirancang untuk diadakan.
  • Memaklumkan status jumlah keahlian rasmi serta jumlah pengikut dilaman sosial FaceBook.
  • Menyatakan minat untuk terus bekerjasama dengan FAS bagi menjayakan misi yang telah dirancang.
6)Ybhg Datu Presiden FAS gembira dengan aktiviti dan laporan yang diberikan dan memohon kerjasama fan club untuk bersama-sama beliau menjayakan misi mengembalikan kegemilangan Bola Sepak Negeri Sarawak
7)Ybhg Datu Presiden menyerahkan 100% kepercayaan beliau kepada SADIEHAF & SFFC untuk menguruskan hal-hal berkaitan penyokong dan aktiviti penyokong pasukan Sarawak
8)Presiden menyatakan minat beliau untuk mendapat maklum balas dari Fan Club berkaitan pendapat,cadangan serta komen yang positif dari peminat terhadap mutu bola sepak negeri dan kepimpinan beliau dalam FAS.
9)En. Abdullah Julaihi & En. Razali Dolhan menyokong 100% jika SADIEHAF & SFFC melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh FAS seperti perlawanan persahabatan menentang pasukan Radio ERA serta mengalu-alukan cadangan aktiviti yang boleh dianjurkan bersama.
10)En. Abdullah Julaihi & En. Razali Dolhan juga berharap fan club dapat bekerjasama setiap masa dan waktu kerana SADIEHAF & SFFC sebenarnya saling memerlukan antara satu dengan yang lain.
11)Presiden mencadangkan agar SADIEHAF membuka sebuah outlet untuk menjual merchandise item yang dirancang dan En. Abdullah Julaihi menambah cadangan tersebut dengan cadangan melantik SADIEHAF sebagai ejen menjual jersey rasmi skuad Sarawak 2011 dan SSFC menambah dengan menyokong cadangan tersebut demi kebaikan dan misi untuk bersama mengembalikan kegemilangan dan kehebatan penyokong pasukan Sarawak akan datang..
12)Perbincangan,cadangan dan penambahan aktiviti untuk program 18/12/2010
13)Perbincangan dan pandangan untuk program seterusnya iaitu sesi khas Fan's bersama pemain pasukan Sarawak 2011.


Perbincangan yang telah menghasilkan keputusan positif tersebut tamat pada jam 5.45 petang dan diakhiri dengan hi-tea secara bersama dan perbincangan tidak rasmi berkenaan aktiviti,battle cry,slogan,lagu ngap sayot dan lain-lain diteruskan sewaktu sesi minum teh di bilik VIP Hotel Grand Magherita,Kuching.

SADONG Room's

Datu Sudarsono sewaktu sesi minum petang & perbincangan tidak rasmi bersama fan club


Sekian,

~ SADIEHAF Media Team ~

No comments:

Post a Comment