Sunday, December 12, 2010

Bujang Senang "Gian" Melibas Mangsa



Bagi memastikan "Bujang Senang" memiliki sebuah pasukan yang benar-benar mantap untuk musim 2011, khabar nya pihak pengurusan telah mengaturkan beberapa lagi perlawanan persahabatan untuk pasukan yang sedang giat menjalani latihan intensif ini.


Khabar nya, antara pasukan-pasukan yang dikenal pasti menjadi rakan ‘sparing’ Sarawak ialah Kedah, Perlis, Perak, Kelantan, Kuala Lumpur serta dua pasukan berstatus kelab iaitu Felda United dan Maybank FC.

Kesemua perlawanan persahabatan tersebut akan diadakan bermula pada 21 Disember 2010 ini.Jika dilihat dari segi kemampuan pasukan yang dibentuk, Bujang Senang ini nampak bakal tampil lebih garang pada musim 2011..Apa yang diharapkan oleh peminat tiada lain melainkan persembahan yang konsisten dan meyakinkan.Kemenangan sudah pasti perkara utama,menjuarai sesuatu kejohan sudah pasti menjadi idaman dan angan-angan.

Jika semua pemain dan  pegawai pasukan sudah bersedia, bagaimana dengan kita sebagai penyokong?Apakah kita sudah bersedia MELANYAK setiap pasukan yang menjejak kan kaki ke bumi kenyalang ??? Teruskan agenda penyatuan.Ayuh kita semua bersatu bersama SADIEHAF. 





 ~SADIEHAF Media Team ~

No comments:

Post a Comment