Apa komen dan pandangan kapten baru pasukan Sarawak 2011 berkenaan prestasi semasa pasukan Sarawak selepas mengharungi 3 sesi perlawanan persahabatan sepanjang tempoh 10 hari berkampung di semenanjung Malaysia?
Tewas 0-5 kepada Kedah
Tewas 1-2 kepada Perlis
Tewas 1-2 kepada Perak
Mengharungi tiga perlawanan persahabatan dan tewas ketiga-tiga perlawanan tersebut.Diatas kertas, peminat resah melihat keputusan tersebut yang seakan-akan menggambarkan prestasi semasa pasukan Sarawak ketika ini.
Namun, lebih baik kita sama-sama baca apa komen kapten baru pasukan Sarawak ini berkaitan prestasi semasa pasukan Sarawak yang kini dalam proses "berkampung" di semenanjung Malaysia dan berdepan 7 perlawanan persahabatan yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan.Temuramah ekslusif ini dibuat oleh media team sadiehaf melalui panggilan telifon bersama Zamri Morshidi pada hari Jumaat,25 Disember 2010 jam 6.30petang.
1)Apa komen kapten dengan prestasi semasa pasukan selepas mengharungi tiga perlawanan persahabatan dan tewas ketiga-tiga nya?
Misi sebenar kami ke semenanjung adalah untuk mencari keserasian terbaik dalam pasukan bagi memudahkan jurulatih memilih 11 pemain terbaik untuk perlawanan liga perdana yang bermula tidak lama lagi.Kami juga kecewa dengan rentetan kekalahan tersebut, tetapi sekurang-kurang selepas tiga perlawanan diharungi, kami semua merasa lebih selesa dan serasi ketika beraksi di atas padang dan ini menunjuk kan signal positif kepada pasukan yang dibentuk.
Saya tidak nafikan faktor "kepenatan" sebagai penyumbang kepada kekalahan besar pasukan kepada Kedah,tapi saya lebih gemar untuk fokus dengan keserasian kami bersama ketika padang.Itu perkara penting yang menjadi tujuan kami kesini.
2)Jika dilihat kepada senarai pemain yang telah didaftarkan kepada FAM, Kita dapat lihat hampir separuh adalah "muka baru" dalam skuad Ngap Sayot.Adakah anda semua "gembira" bersama?
Selepas pasukan ini dibentuk oleh jurulatih, kami telah terbang ke Sabah dan mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan lain di Kuching dan terbang ke semenanjung bagi meneruskan siri perlawanan persahabatan.Setakat ini, kami tidak mempunyai apa-apa masaalah sesama pemain dan kesemua pemain berada dalam keadaan "mood" yang membanggakan.InsyaAllah,tanggungjawab saya sebagai kapten akan saya tunaikan sebaik mungkin atas dasar melaksanakan amanah yang telah diberi oleh FAS.
3)Apa pandangan anda untuk perlawanan-perlawanan seterusnya selepas ini?
Sebagai kapten pasukan, tiada lain yang saya harapkan melainkan untuk menghasilkan kemenangan.Tetapi apa yang lebih penting disini ialah "misi kami" ke semenanjung berhasil.Saya beri jaminan kepada semua peminat, jika misi kami berhasil disini, kami janjikan "kemenangan" pada perlawanan pertama pasukan Sarawak untuk liga perdana 2011.
4)Seruan anda untuk SADIEHAF @ Sarawak Football DieHard Fan's?
Tiada lain yang saya harapkan dari semua peminat khususnya dari SADIEHAF melainkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan Sarawak 2011 ini.InsyaAllah, kami janjikan yang terbaik untuk anda dan kami juga harapkan yang terbaik dari SADIEHAF dan semua peminat.Tolong sokong kami ketika kami menang dan ketika kami tewas.
-TAMAT-
All The Best Bujang Senang ! ! ! Kami bangga menjadi pemain ke 12 ! ! !
~ SADIEHAF Media Team ~
No comments:
Post a Comment