Wednesday, April 13, 2011

Selamat Kembali Mr Robert Alberts


Rasanya belum terlewat untuk Sarawak Football Die Hard Fan's (SADIEHAF) mengucapkan "SELAMAT DATANG" & "SELAMAT KEMBALI" ke bumi kenyalang.Semoga dibawah kendalian jurulatih baru yang memiliki trade record yang hebat sebelum ini dapat dan mampu untuk meneruskan kesinambungan rentak juara yang dijelmakan oleh Tuan Haji Zaki Sheikh Ahmad sebelum ini.


Saya masih di menuntut di luar negara ketika Robert Alberts melatih skuad Sarawak.Tak banyak yang saya ketahui tentang jurulatih ini.Namun nama beliau memang sudah sediakala mekar di seluruh Malaysia dengan rekod sebagai jurulatih yang berada dalam kelas sendiri serta pengalaman berada dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin boleh dikatakan beliau adalah merupakan jurulatih yang mampu untuk menyaingi kemampuan Holger Oberman (Pada Saya Sendiri Holger Oberman Adalah merupakan seorang jurulatih yang hebat)



Namun setelah melihat kelainan sesi latihan kendalian beliau di padang, saya berbisik didalam hati, "beliau juga tidak mustahil untuk bawa pasukan Sarawak menjadi Juara Liga Premier 2011".

Mungkin kami mengambil sedikit masa untuk bermesra dengan beliau.Almaklum sahajalah pelbagai faktor mungkin membataskan perhubungan.Seperti mungkin faktor komunikasi.Tetapi bagus juga, sekurang-kurang nya bahasa inggeris kami semakin mantap untuk berdepan cabaran yang lebih global di luar stadium.Mungkin kelaziman sebelum ini yang kami semua lakukan seperti bersalaman dengan pemain dan jurulatih selepas tamat perlawanan serta mendapatkan komen jurulatih secara 'direct" agak terbatas atau tidak akan berlaku lagi, tetapi insyaAllah, SADIEHAF itu akan kekal sebagai Sarawak Football Die Hard Fan.Tak kenal mana tak cinta.


Siapa pun jurulatih, kami tetap berpegang kepada prinsip asal.Kepercayaan,kesetiaan dan kekuatan kami terletak pada Ybhg Datu Presiden FAS.SADIEHAF akan tetap setia dan kekal dengan matlamat asal penubuhan dan misi utama penubuhan.SADIEHAF kekal berdiri teguh dibelakang FAS!!!


Anda juga boleh lawati BLOG Dibawah :-

1)SADIEHAF Media Team
2) Liga Kuching - NAIM 2011
3) Cenderamata Pasukan SARAWAK

No comments:

Post a Comment