Monday, April 11, 2011

Kenapa Robert Alberts Rindu Sentuhan Zamri Morshidi ???


Bila maca news Utusan Sarawak hari tok, saya sik la lalek gilak.Cuma sedikit terkejut dengan tajuk besar di muka surat belakang sekali bahagian sukan.Rujuk Link Ini Untuk Melihat Tajuk Tersebut.

Penyerang Sensasi Sarawak
Nyata sekali sayang, rindu & minat Robert Alberts terhadap Zamri Morshidi masih menebal dalam hati sanubari nya.Teringat kembali kata-kata seorang penulis sukan yang tersohor di negeri ini ketika beliau bercerita perihal Zamri Morshidi.Kata nya, ;" Robert Alberts pernah berkata bahawa jika beliau diberi peluang untuk melatih mana-mana pasukan di eropah dan diberi kuasa penuh untuk memilih pemain yang beliau sendiri mahu."jika dalam pasukan tersebut ada kelemahan di bahagian serangan, pemain pertama yang saya akan beli adalah Zamri Morshidi."

Menurut beliau, sepanjang pengalaman beliau melatih skuad Sarawak, Zamri adalah merupakan seorang pemain yang menurut beliau "sangat unik".Kehidupan,pergaulan dan perlakuan beliau seperti orang barat, tetapi permainan dan potensi beliau lebih hebat dari mereka.Jika Zamri diberi peluang dan pendedahan yang betul, tidak mustahil Sarawak mampu melahirkan seorang penyerang bertaraf antarabangsa.Kata Robert.

Apa maksud disebalik kata-kata Robert itu?Kehidupan Zamri sebelum berkahwin adalah seperti yang ramai sedia maklum.Namun beza nya yang menyebabkan beliau pada pandangan Robert lebih hebat dari pemain-pemain eropah yang lain adalah kerana kemampuan beliau untuk mempamirkan aksi di padang sama seperti pemain-pemain lain.Bayangkan jika seorang pemain yang ada perlawanan penting pada esok hari tetapi pada malam hari sebelum pertandingan beliau tidur lewat, pulang rumah lambat tetapi sewaktu perlawanan berlangsung, beliau mampu menunjukkan aksi yang mantap.Saya sebenarnya yakin, bukan Robert Alberts seorang sahaja yang merindui sentuhan Zamri Morshidi, tetapi beberapa orang jurulatih pasukan dala Liga Kuching - Naim 2011 juga turut sama merindui sentuhan beliau.Kasut emas sewaktu Piala Sarawak 2010 membuktikan beliau adalah merupakan dan masih kekal sebagai penyerang No 1 di Bumi Kenyalang ini.

Itulah hebat nya Zamri Morshidi! Itu lah kelebihan nya Zamri Morshidi! 

Kini setelah beliau meninggalkan zaman-zaman tersebut setelah mendirikan rumah tangga dan anak kelahiran Kpg Telaga Air, Kuching ini juga telah pun menimang cahaya matanya yang pertama, beliau pada pandangan saya adalah jauh lebih hebat dari sebelum ini.Lihat sahaja pada larian-larian nya yang begitu pantas bersama gandingan baru nya Boby Gonzalez kini meletak kan NGAP SAYOT menjadi pasukan yang mengumpul jumlah jaringan TERBESAR dalam liga premier !!!


Ketika Ditemuramah Astra Arena Tempoh Hari


Tahniah Zam, apa yang SADIEHAF harapkan adalah :-

1)Kekal kan semangat anda
2)Kekalkan momentum kekuatan pasukan
3)Fokus dan tanam kan tekad dalam diri sendiri dan dalam keseluruhan pasukan anda untuk pastikan KEMENANGAN berpihak kepada Sarawak tahun ini
4)Yakin dan kekalkan keyakinan anda bahawa anda dan seluruh pasukan MAMPU mencapai kegemilangan bermula tahun ini




SARAWAK FOOTBALL DIE HARD FAN'S KESEMUA NYA RINDU MOK BERARAK DARI AIRPORT KE PADANG MERDEKA NGEMBAK PIALA! ! ! ! !  ! !



No comments:

Post a Comment