Thursday, March 31, 2011

FAS Pecat Haji Zaki & Robert Albert kembali Menjadi Jurulatih


Sebenar nya bukan kami yang layak untuk memberi kan ulasan mahupun komen berkenaan isu pemecatan ketua jurulatih pasukan Sarawak Haji Mohd Zaki Sheikh Ahmad memandangkan ianya adalah urusan persatuan dan rasa nya lebih elok jika sekiranya FAS yang memberikan penjelasan lanjut berkenaan isu ini memandangkan kami tidak mengetahui secara rasmi sebab musabab isu pemecatan tersebut.

Kami menerima kabar angin mengenai isu pemecatan jurulatih ini dari salah seorang sahabat yang kini berada di Miri, Sarawak yang bertanyakan dan ingin kan pengesahan berita yang beliau terima.Seperti kebiasaan nya apabila menerima berita seperti tersebut, kami lebih gemar untuk tidak menjawab namun dalam masa yang sama kami akan menyiasat kesahihan berita tersebut.

Usaha untuk mendapat kan pengesahan mahupun ulasan berkenaan isu pemecatan Hj Zaki daripada pihak FAS gagal.Usaha untuk menghubungi Hj Zaki juga pada mula nya gagal sehinggalah sekitar jam 11.27 malam semalam (Rabu, 30/03/2011) kami berjaya menghubungi Tn Hj Zaki yang baru sahaja tiba di KLIA.

Haji Zaki mengesahkan berita tersebut namun enggan mengulas lanjut sebab-sebab pemecatan beliau melainkan beliau hanya menjawab "ini mungkin keputusan yang baik buat mereka(merujuk kepada FAS)" dan beliau mengesahkan bahawa perlawanan pasukan Sarawak menentang PDRM di Paroi adalah perlawanan terakhir buat beliau bersama skuad Ngap Sayot!

Saya dan semestinya SADIEHAF sebenar nya agak terkejut dengan berita ini.Namun yang demikian kami menunggu jawapan rasmi dari presiden FAS, Datu Sudarsono Osman kerana kami juga yakin FAS ada sebab tersendiri mengapa keputusan "sedrastik" ini dibuat kerana kali terakhir saya bertemu Hj Zaki adalah pada malam beliau mengadakan kenduri doa selamat di rumah nya di Petra Jaya yang mana turut dihadiri oleh semua pemain, pegawai pasukan termasuk timbalan presiden FAS, En. Abu Bakar marzuki dan kali terakhir menghubungi beliau adalah melalui kiriman SMS isnin lepas bertanyakan keputusan perlawanan persahabatan antara pasukan Sarawak dan Uitm yang mana pasukan Sarawak menang dengan jumlah jaringan 10-0.

Buat Tuan Haji Zaki Sheikh Ahmad, saya doakan anda berjaya dan berjaya lagi selepas ini dan pengalaman bersama anda akan dikenang sampai bila-bila.Secara peribadi, saya nyatakan disini, saya tidak pernah merasa "serapat & semesra" ini bersama seorang jurulatih yang saya kira amat berpengalaman di Malaysia dan antara jurulatih yang disegani.Namun yang demikian, kami akur dengan ketentuan serta "Qada' & Qadar" Allah.Mungkin pertemuan kita di Kuching hanya setakat ini, namun kami berharap hubungan ini tidak akan berakhir setakat disini.Tidak ada lagi kelibat "carlos valderama" yang akan kami salam di bilik persalinan pemain tiap-tiap kali setelah tamat perlawanan melibatkan pasukan Sarawak di Kuching.Tidak ada lagi "daging salai masak lemak" yang akan dihidang kan dari orang Negeri Sembilan selepas ini dan kami pasti rindu dengan kelibat Tuan Haji selepas ini.Saya yakin, seluruh peminat bola sepak di bumi kenyalang akan merindui dan menghormati Tn Hj Zaki yang telah menabur budi di bumi kenyalang.

**Kami sedang menunggu e-mail dari Tn Hj Zaki mengenai ulasan beliau terhadap isu pemecatan ini dan akan di upload dengan kadar segera.


**Info & maklum balas dari pihak FAS juga akan kami maklumkan segera melalui BLOG ini.


Liga Kuching - Naim 2011
Cenderamata Pasukan Sarawak
SADIEHAF Media Team


Sekian, 


Terima Kasih

Hairul Faizee B. Hj Sa'aidin
Pengurus Besar
Sarawak Football Die Hard Fan's (SADIEHAF)

No comments:

Post a Comment