Saturday, February 5, 2011

Sarawak Football Die Hard Fan's Cipta Sejarah



Kami buktikan kepada anda semua kami sekarang sedang mendaki gunung tertinggi untuk bergelar FOOTBALL FAN CLUB NO 1 DI MALAYSIA.

Tahniah SADIEHAF.Hari ini kita secara rasmi nya menjadi FOOTBALL FAN CLUB PERTAMA yang menggunakan SMS ALERT untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan semua ahli.Mulai minggu ini, anda semua boleh mendaftar kan no telifon anda kepada SADIEHAF untuk anda mendapat sms yang mengandungi info-info terkini pasukan bola sepak Sarawak.Seperti keputusan terkini perlawanan, apa pesanan Hj Zaki selaku jurulatih pasukan Sarawak, apa pesanan Datu Sudarsono Osman sebagai Presiden FAS dan banyak lagi info-infi lain anda akan perolehi setiap hari, setiap bulan, 7 hari seminggu dari kami di SADIEHAF terus kepada anda tidak sampai pun 1minit.HEBAT?bukan kami yang hebat tetapi anda semua yang hebat kerana memastikan minda kami berfungsi dengan baik bagi memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan lebih cepat dan dekat.

Sekiranya kita ada pasukan yang hebat dan mantap, kita juga perlu kan komuniti atau sekumpulan kelompok penyokong yang hebat.SADIEHAF adalah merupakan FAN CLUB atau komuniti penyokong pasukan bola sepak negeri di malaysia YANG PERTAMA menggunakan sistem sms tercanggih ini.Kita yakin, selepas ini semua fan club yang lain akan mengguna sistem yang sama untuk berkomunikasi dengan ahli-ahli mereka.

Sistem ini boleh dimiliki oleh semua penyokong dan peminat bola sepak di negeri Sarawak dan ianya bukan terhad setakat untuk ahli ekslusif SADIEHAF sahaja.Jadi, ambil lah peluang ini, gunakan dan manfaatkan nya sebaik mungkin.SADIEHAF mahu 2 juta penduduk negeri ini sentiasa UP TO DATE dengan perkembangan bola sepak negeri.Jadi kami mohon anda untuk pastikan,insan-insan dikiri dan kanan anda,didepan dan dibelakang anda untuk melanggan sistem sms ini dari kami.


Tunggu info lanjut dari kami berkenaan bagaimana cara dan teknik untuk melanggan sistem SMS ini dari kami dan kami YAKIN melalui sistem ini, anda , kami dan sadiehaf akan merasa lebih dekat lagi selepas ini.InsyaAllah (Kata Maher Zain)

Salam Hormat dari saya,

BRO SADIEHAF

No comments:

Post a Comment