Thursday, February 10, 2011

Sarawak Berazam Mahu Jadikan Harimau Muda B Sebagai Mangsa Seterusnya

Kem Sarawak meneruskan latihan hari ini sebelum turun buat kali pertama di stadium negeri petang esok buat pertama kali nya dalam misi mengekal kan rentak kemenangan yang diperolehi di Batu Kawan minggu lepas.Keyakinan dan semangat juang yang tinggi jelas terpancar di wajah setiap pemain dalam memburu kemenangan esok hari.

Petang ini tadi Hj Zaki kelihatan lebih memberi tekanan dalam latihan melalui gerakan menyerang dari sebelah kiri dan kanan pintu gol dengan dzulazlan dan abang zafari diarah menghantar bola ketengah dengan kerap sambil gandingan penyerang berbisa Sarawak, Boby Gonzalez dan Zamri Morshidi diarah berlari kekiri dan kanan pintu gol untuk menyambut hantaran lintang sambil menunggu di tengah ialah Wong Sai Kong, Shahrol Saperi dan Syamsul Sabtu.

Kehadiran Datu Sudarsono petang tadi di padang petang tadi juga berjaya menyuntik semangat para pemain dengan ucapan, pesanan dan kata-kata semangat yang disampaikan oleh beliau selepas tamat sesi latihan."Sentiasa ingat,berhati-hati dan jangan terlalu yakin didalam padang walaupun anda sudah mendahului 4-0 esok" tetapi sebalik nya gandakan usaha untuk pastikan kemenangan di tangan kita", Kata Datu Sudarsono Osman, Presiden FAS.

Perlawanan esok akan bermula jam 4.15 petang di stadium negeri, Petra Jaya, Kuching.Tiket-tiket boleh diperolehi di SADIEHAF CONTROL (082 - 649927) pada bila-bila masa.Para pelajar yang hendak ke stadium esok diingat kan untuk membawa bersama sekurang-kurang nya kad pelajar sekolah untuk masuk stadium secara percuma.Dijangka kan esok sekitar 20,000 peminat bakal membanjiri stadium dan dijangka jumlah itu akan bertambah pada separuh masa kedua apabila waktu bekerja tamat.




Penyokong-penyokong yang ingin duduk bersama dengan SADIEHAF esok sangat -sangat dialu-alukan.Semua dijemput untuk bersama dengan SADIEHAF akan berkumpul disini :-


Bersebelahan Score Board (Sebelah kiri score board) Dibelakang Pintu Gol (PINTU B)


~ SADIEHAF Media Team ~

2 comments:

  1. ptg tadi dah tgk swk lwn harimau muda b...tahniah swk walaupun cuma seri 3-3...yg penting semangat utk berjuang mesti tinggi, jgn mudah mengalah...swk pasti berjaya! teruskan perjuangan mu!!!

    ~ayards.blogspot.com~

    ReplyDelete
  2. tapi yang sedihnya masih sik dapat main malam...sik kirala mun main di stadium lama mun mau budget, macam tahun 1990an dolok,,,stadium lama beri kenangan paling best bolasepak sarawak,,,baju team sarawak tahun tuk macam tahun lama marek...mungkin ada hikmah tahun tuk...

    ReplyDelete