Sunday, January 16, 2011

Sedang melihat-lihat perjalanan traffic laman sosial Facebook SADIEHAF @ Sarawak Football Die Hard Fan's , terbaca satu posting yang sangat menarik dari big boss pasukan Kelantan yang berbunyi :-

Tan Sri Annuar Musa
Apa pun kita kena sedia hadapi Sngor yg MEMPUNYAI 6 org squad SUZUKI CUP...berbanding kita 3.... Tapi piya n Trw semuanya boleh capai STD pemain kebangsaan Dan bolih bermain lebih Baik Dari team Suzuki cup Msia.....yg Akan menjadikan mereka TURBO CHARGED nanti ialah pemain ke12 kita......Penyokong Klate &GENDERANG.
 
Laungan keyakinan tersebut disebut oleh Tan Sri Annuar Musa di laman sosial facebook beliau HANYA beberapa JAM selepas Kelantan ditewaskan oleh Kedah.
 Saya yang sebelum membaca posting itu cukup aktif dan sibuk membalas comment rakan-rakan SADIEHAF tiba-tiba diam dan terfikir bagaimana beliau masih yakin Kelantan boleh mengatasi Selangor sedangkan beberapa jam sebelum itu mereka baru sahaja ditewaskan oleh Kedah dan untuk rekod, pada perlawanan persahabatan sebelumnya, pasukan kelantan ini hanya seri 1-1 menentang pasukan Pulau Pinang.
Saya berhenti berfikir ketika mula menulis entri ini selepas mendapat jawapan yang sangat ideal untuk apa yang saya sedang fikirkan.Ingin mengetahui jawapan saya?Sila PM INBOX FACEBOOK SADIEHAF (Sarawak Football Die Hard Fan's)
Salam Hormat,
 ~ Bro SADIEHAF ~

No comments:

Post a Comment