Apa cerita Bro?
Maaf, soalan tersebut bukan ditujukan kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sebalik nya ditujukan kepada Perbadanan Stadium Negeri Sarawak (PSNS) yang dari dahulu lagi dilihat tidak serius dalam menguruskan Stadium Negeri dan Stadium Sarawak.Kedua-dua nya terletak di daerah Petrajaya,Kuching.
Jika dilihat kepada fakta, Stadium Sarawak dibina dengan kos puluhan juta ringgit (Ada yang menyebut Kos Mencecah Rm120Juta!).Masih ingat dihati sanubari saya sendiri tatkala menjejak kan kaki ke "stadium baru" iaitu stadium Sarawak sewaktu perlawan Piala Dunia Remaja pada tahun 1997.Hebat nya hampir tidak boleh ditewaskan oleh mana-mana stadium di Malaysia ketika itu.Malah, FAS pada suatu ketika berani membida kepada FAM untuk mengadakan perlawanan akhir piala Malaysia melibatkan pasukan Sarawak dan Brunei.Hebat dan gah nya stadium Sarawak ketika itu ditambah lagi dengan "Score Board" yang dikatakan terbaik di dunia.Ditambah - tambah lagi dengan "hebat" nya rumput yang ditanam dan digunakan di stadium konon nya sehebat Old Trafford di Manchester dan saya yakin perkara ini juga diakui hakikat nya oleh otai-otai FAS yang masih lagi terlibat didalam FAS sama ada secara rasmi atau tidak.
Lihat lah Kehebatan Lampu Limpah Std Sarawak |
Tetapi itu semua cerita "dahulu".Sekarang tidak lagi.Apa yang ada dan dapat dilihat ialah rumput yang dahulu nya dikatakan sama level dengan Old Trafford kini jauh ketinggalan di belakang rumput yang ditanam di Stadium Mini Asajaya & Stadium Mini Samarahan.Score Board tak perlu laa nak cakap.Macam add board pun ada juga jika diperhatikan banyak kali.Tetapi yang menjadi isu ketika ini adalah KEADAAN LAMPU LIMPAH YANG TIDAK MEMENUHI SYARAT PIAWAIAN FAM untuk pasukan Sarawak bermain malam.Sepatut nya bukan selepas siasatan oleh FAM dan terbukti tidak lepas baru nak repair, sebalik nya selepas tamat perlawanan pasukan Sarawak di gelanggang sendiri tahun lepas lagi, kesemuanya telah dipastikan untuk berada dalam keadaan yang baik.Sekarang selepas FAS gagal dalam ujian yang dijalan kan oleh FAM, baru lah terhegeh-hegeh nak repair.
1)BERAPA BANYAK FAS KENA TANGGUNG KERUGIAN?
2)BERAPA RAMAI FAN'S YANG AKAN KE STADIUM JIKA PERLAWANAN DIADAKAN PADA WAKTU PETANG.
Jam 4.15 petang (sepak mula) tu masih lagi waktu kerja jika perlawanan diadakan pada hari Jumaat.
Ini bukan lah soal mempersoalkan kelemahan sesiapa.Tapi semua yang ke Stadium Sarawak tahun lepas mengakui kelemahan ini.Bayangkan Fan's bayar tiket untuk masuk ke stadium tahun lepas dan duduk diseberang grand stand vvip tetapi mereka yang masuk berbayar ini dilayan dan duduk atas kerusi yang SANGAT KOTOR.Lihat sahaja dibelakang setiap kerusi ditempat yang disebutkan tadi dan anda akan lihat lumut memenuhi bahagian belakang setiap kerusi.Memang benar jika ada yang menjawab "betul, tapi kami tiada masa yang mencukupi untuk mencuci kerusi tersebut, Sarawak main seminggu sekali,so tak kan la nak cuci every week".Saya setuju dengan soalan tersebut.Tetapi saya juga ingin bertanya, apakah ada proses pembersihan dijalan kan di Stadium Sarawak pada tahun 2010 selepas tamat liga perdana? Tak kan soalan yang sama saya harus tanyakan kepada Presiden FAS?Adakah FAS yang bertanggungjawab membersihkan kawasan Stadium?
Tolong tunaikan tanggungjawab anda sebagai penjawat awam dengan sebaik mungkin.Kalau duduk di kerusi dan bilik yang berhawa dingin tetapi kerusi - kerusi di stadium kotor, bagus tak payah.Ramai lagi tenaga muda yang boleh memikul tanggungjawab tersebut.Atau mudah sahaja.Serahkan pengurusan stadium tersebut dibawah FAS supaya FAS mahupun FMG Sdn Bhd dapat menguruskan nya dengan lebih baik dan efisyen dalam memastikan Stadium berada dalam keadaan yang terbaik setiap masa.
Selepas membaca akhbar Utusan Sarawak hari ini (Jumaat,21/1/2011) saya terfikir BERAPA KAH KOS YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBAIK PULIH KEADAAN LAMPU LIMPAH TERSEBUT & berapa lama pula lampu tersebut dapat bertahan.PSNS, tolong serius dalam usaha untuk memastikan Stadium Sarawak setiasa berada dalam keadaan terbaik.Tolong lah.Tolong lah.Kalau orang inggeris menyebut perkataan "P.L.E.A.S.E" maksud nya beliau memohon bantuan dengan sebenar-benar nya.SADIEHAF benar-benar mohon, tolong lah siap kan segera kerja-kerja baik pulih stadium secepat mungkin supaya pasukan Sarawak dapat bermain pada waktu malam setelah Stadium dibaik pulih.Barang diingat, suara meminta tolong ini bukan lahir dan keluar dari mulut saya seorang, tetapi ianya melibat kan suara Semua penyokong pasukan Sarawak di seluruh negeri.Jika kami telah buktikan kepada semua bahawa kami dapat mencapai sasaran 10,000 tanda tangan penyokong, saya rasa tidak mustahil untuk kita usulkan bantahan dari 10,000 fan's juga terhadap PSNS.
~ Bro SADIEHAF ~
banyak harus didiat. sik semestinya kesalahan diletak ditangan pihak pengurusan stadium juak... rasanya, kinek tok kurang dah urg nyewa stadium utk event. mun nak harap duit dari state, mmg sik cukup... cdak ada 3 stadium besar, bbrp padang yg perlu diselenggara... erm... maintenance kurang... mungkin dari segi kos kali...
ReplyDeleteada certain yang benar....tp nama pun Perbadanan Stadium..xkan ngarap duit kerajaan..cdak nya pun mst kreatif menjana pendapatan drikpun...kerajan hulur bantuan..insentif kurang ya sebb pendapatan kurang...coba polah event..combine dgn pelbagai persatuan sukan..once facility in good shape..mmg tidak akan ada masalah utk promosi kemudahan...
ReplyDeletejika FAS betul betul serius membangunkan bola sepak tempatan, STADIUM harus dibaikpulih dengan segera.. kata org "Nak seribu daya... mun x maok, seribu alasan!"
ReplyDelete