Monday, January 31, 2011

Sarawak Belasah Pulau Pinang 4 - 0


Tahniah "SI BUJANG SENANG" Kami Bangga ! ! !

Skuad Sarawak 2011 memulakan kempen Liga Premier 2011 dengan penuh bergaya pada perlawanan pertama mereka petang tadi yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.Sepak mula perlawanan bermula jam 4.55pm.

Pemain berpengalaman, Wong Sai Kong memulakan pesta melalui rembatan kencang beliau dari luar kotak penalti menembusi penjaga gol Pulau Pinang pada minit 34.Selang 3 minit selepas itu hantaran satu dua gandingan penyerang lincah Sarawak Zamri Morshidi dan Boby Gonzalez didalam kotak penalti disudahkan dengan cemerlang oleh Boby pada minit ke 37.Keputusan 2-0 ini kekal hingga tamat separuh masa pertama.



Memasuki babak kedua permainan, Hj Abdul Zaki  menambah kekuatan pada rentak serangan pasukan Sarawak.Himpunan peluang demi peluang diperolehi oleh penyerang pasukan Sarawak sama ada Zamri mahupun Boby namun kesemua nya menemui jalan buntu dikala Pulau Pinang sudah mula bertahan di pintu gol sendiri.

Ketika perlawanan kelihatan akan tamat dengan jaringan 2-0.Zamri Morshidi melakukan larian pantas  ke dalam kotak penalti dan dijatuhkan oleh pertahanan Pulau Pinang.Hadiah sepakan penalti disempurnakan oleh Zamri selaku ketua pasukan Sarawak pada minit ke 89.

Seminit selepas itu,Zamri Morshidi sekali lagi menyumbat gol buat pasukan Sarawak bagi melengkap kan LANGKAH KANAN diiringi kegembiraan seluruh penyokong Sarawak melalui sepakan percuma yang menarik dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol Pulau Pinang pada minit ke 90.

Keputusan penuh perlawanan, Sarawak si bujang senang berpesta dengan 4 gol berbalas kosong!

Tahniah Haji Zaki, Tahniah Pengurusan Pasukan & Tahniah kepada semua pemain.Tidak dilupakan kepada semua Fan's SADIEHAF yang berkampung di WALL FB SADIEHAF semenjak jam 4.30 petang lagi.Tidak ketinggalan ucapan terima kasih saya hulurkan buat sahabat saya di Astro Arena (801) yang membuat liputan perlawanan pasukan Sarawak sebentar tadi dan kesediaan beliau untuk update result kepada sadiehaf...Thank's bro..SADIEHAF bangga memiliki rakan-rakan penyokong seperti kalian.Saya secara peibadi menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk memenuhkan Stadium Negeri, Petrajaya Kuching pada 11 Februari 2011 ini untuk memberi sokongan buat pasukan Sarawak dalam perlawanan pertama mereka di gelanggang sendiri.Ayuh rakan-rakan, kita sama-sama membanjiri stadium negeri 11 Februari depan.Kepada mereka yang berada di Miri,, Bintulu dan lain - lain, pastikan anda tidak ketinggalan untuk bersama dengan rombongan yang dianjurkan oleh SADIEHAF ini.



Salam Hormat,

~ BRO Sadiehaf ~

2 comments:

  1. PEMBETULAN :: Gol Ke Empat Adalah Hasil Jaringan Mazwandi Zakaria..Mohon Maaf....

    ReplyDelete
  2. positive start utk sarawak....sik sabar mk nanga home match 11feb klak...yeah!!!

    ReplyDelete