Monday, January 3, 2011

"N6 @ AZS Soccer Clinic" Rancakkan Pembangunan Sukan Bola Sepak

 

 

 

 

SADIEHAF dengan bangga nya mengucapkan tahniah kepada Pasukan Gerak Gempur PBB N6 Tupong diatas usaha murni mereka menubuhkan klinik bola sepak sendiri yang diberi nama "N6 @ AZS Soccer Clinic".Usaha sebegini wajar dijadikan contoh oleh rakan-rakan yang lain juga kerana jika diperhatikan ketika ini sebenarnya Sarawak ketandusan pemain pelapis yang berkaliber yang boleh pergi jauh di peringkat nasional.


En. Ahmad Zuraimi Sakawi

Menurut En. Ahmad Rozaimi Sakawi yang merupakan engerusi pasukan gerak gempur PBB N6 Tupong,  

Klinik bola sepak yang ditubuhkan tersebut adalah merupakan program berteraskan kepada pembangunan remaja, harta intelek, jati diri & akal budi ke arah memperkasakan kumpulan remaja ke arah generasi yang lebih bertanggungjawab & berdisplin dalam mendokong & merpertabatkan Rukun Negara. Walau bagaimanapun pintu pihak kami sentiasa terbuka kpd sesiapa yang berminat utk sama2 berbakti kearah tersebut.Ini juga adalah merupakan tanggungjawab sosial korporat dari kami khusus untuk ramaja sekitar DUN Tupong.Beliau juga menambah, N6 @ AZS Soccer Clinic ini ditaja sepenuhnya oleh AZS Group Of Companies,Kuching.

 

Penganjur akan memilih 3 orang pemain dari setiap kawasan ranting PBB DUN Tupong dan akan diserapkan ke N6 @ AZS Soccer Clinic dan buat permulaan, seramai 90 bakat muda berusia 9 hingga 14 tahun telah dipilih untuk menyertai klinik bola sepak yang baru ditubuh ini.Pemain yang dipilih akan dilatih setiap minggu oleh barisan jurulatih berkaliber dari bahagian Kuching yang sudah terbukti berjaya sebagai jurulatih diperingkat negeri Sarawak.

 

Perasmian klinik bolasepak remaja N6 @ AZS Soccer Clinic dgn kerjasama Gerak Gempur PBB N6 Tupong akan diadakan pada hari ahad, 23.1.2011 dan YB Datuk Ir Hj Daud Abdul Rahman selaku Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tupong dijangka akan merasmikan pelancaran klinik bola sepak tersebut.

SADIEHAF sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pasukan gerak gempur PBB N6 Tupong dan berharap,klinik bola sepak seperti ini dapat ditubuhkan disemua kawasan DUN di negeri ini kerana bola sepak adalah merupakan sukan no 1 di Sarawak.Tak perlu diungkit kegemilangan Ngap Sayot.Cukup lah dengan membuat perancangan sempurna untuk pembangunan sukan ini di masa akan datang.


"Embak balit bah zaman sidak John Hunter, bah uh miak Sarawak kita tunjuk kita terer, waima ku kecik, ku kenit juak ikit, sik mudah kalah oi, aju angkat balit ! "

 

~ Petikan Lirik Lagu "Angkat Balit" By United Kids Of Oi Ft Fazz Sixsoul ~



~ SADIEHAF Media Team ~

No comments:

Post a Comment