Thursday, December 2, 2010

TAHNIAH FAS ! ! !

*Gambar di ambil dari keratan akhbar Utusan Sarawak
Alhamdulillah, setelah beberapa tahun menyepi dan kelihatan suram,kini FAS tampil dengan lebih bergaya melalui kepimpinan baru yang diterajui oleh Ybhg. Datu Sudarsono Osman.Peminat pasti kini lebih yakin dan percaya dengan kesungguhan kepimpinan yang baru ini untuk membawa pembaharuan serta mengembalikan zaman kegemilangan yang suatu ketika dulu menjadi buah mulut ramai bukan sahaja masyarakat setempat,malah seantero Malaya..

Bagi saya sendiri, kita seharusnya lebih fokus dalam perjalanan kehadapan daripada mengenangkan kejayaan silam yang tentunya melambatkan perjalanan untuk kehadapan.Bukan tidak berbangga,tetapi akibat dari kebanggaan tersebutlah kita lihat dan kita ratapi hari demi hari kejatuhan sukan bola sepak di negeri ini dan semalam dalam satu majlis khas yang diadakan,FAS tampil dengan imej baru yang kelihatan lebih dinamik dan bersemangat dalam merencanakan aktiviti mereka.

Dimulakan dengan perasmian rasmi lawan web baru persatuan bola sepak Sarawak iaitu http://www.sarawakfootball.com/ dan seterus nya diteruskan dengan majlis pengumuman rasmi stesen radio swasta RADIO ERA sebagai radio rasmi untuk FAS bagi tahun 2011 dan LEA SPORTS CENTRE sebagai penaja rasmi pasukan Sarawak 2011.

Satu perlawanan persahabatan antara "pasukan Sarawak 2011" menentang "pasukan pilihan ERA" yang bakal dikemudi oleh "bekas juragan" pasukan Sarawak Ali Sapiee juga dirancang pada 18 Disember 2010 ini pada jam 8.00 malam di stadium negeri,Petrajaya,Kuching.

Kepada peminat yang berminat untuk menyertai pasukan pilihan ERA,anda semua bolehlah menunjukkan bakat anda semua sewaktu sesi pemilihan pasukan tersebut yang diadakan di padang merdeka Kuching pada 4 & 11 Disember ini bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 Tengahari.

Akhir sekali,kami di SADIEHAF a.K.a Sarawak Football Die Hard Fan's Community mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan tahniah kepada Datu Sudarsono selaku presiden FAS dan seluruh kepimpinan FAS diatas "langkah permulaan" yang cemerlang ini.

"Every Single Journey Begin With First Step"

Sidang Media


(Kiri) Pengurus Operasi Radio ERA kuching

~SADIEHAF management team~

2 comments:

  1. Tahniah atas pembaharuan pada musim 2011 ..

    ReplyDelete
  2. good way to gain the popularity of swk futbol....but still all the plyers hav 2 gain the supporter confidence by showing good quality performance

    ReplyDelete