Monday, December 13, 2010

Penghargaan Untuk Semua Ahli Rasmi SADIEHAF Yang Telah Mendaftar

Assalamualaikum w.b.t & Salam 1 Malaysia

Pertama nya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua fan's SADIEHAF khususnya buat mereka yang telah mendaftar secara rasmi bersama kami semenjak awal penubuhan SADIEHAF lagi. Penghargaan tertinggi juga saya berikan kepada mereka yang menjadi "pengasas" SADIEHAF.Ada lima (5) orang kesemua nya. (Saya tidak kenali pada asal nya) Mereka ini lah sebenarnya yang telah menubuhkan SADIEHAF dan memberi kepercayaan kepada saya sebagai Pemilik Syarikat merangkap Pengurus Besar kepada SADIEHAF RESOURCES yang mana adalah merupakan sebuah syarikat berdaftar yang menjadi nadi kepada penubuhan "Komuniti Penyokong Bola Sepak Sarawak" yang rasmi bermula musim 2011.Menggunakan konsep yang serupa dengan kad keahlian SOGO,kad keahlian One Stop Superstore/Century dan yang lain-lain.Kaedah yang sama juga diguna pakai oleh hampir 90% fan club pasukan-pasukan di semenanjung Malaysia.

SADIEHAF = Sarawak Footbal DieHard Fan's Community

Saya juga rasakan penghargaan tertinggi seharusnya diberikan kepada "saudara Narayanan".Tanpa Anan dan FB PAGE Penyokong BolaSepak Sarawak, saya rasa kemungkinan besar SADIEHAF masih belum ditubuhkan sehingga kini.Beliau telah berusaha sebanyak dua kali mengatur pertemuan kami.Pertemuan pertama hanya dihadiri oleh anan sendiri bersama seorang lagi pengasas SADIEHAF iaitu saudara Aepy Harun.Beberapa bulan selepas pertemuan pertama, pertemuan kedua diatur dan alhamdulillah,kami semua bertemu di Kelab Golf Sarawak(KGS).

Bermula dari kami ber-enam sebagai ahli rasmi SADIEHAF, kini jumlah keahlian SADIEHAF sudah berjaya mencecah hampir 30 orang(Sebelum pendaftaran ditutup sementara).Mereka yang mendaftar ini juga wajar diberi ucapan tahniah kerana sanggup dan berani mengeluarkan wang untuk mendaftar sebagai ahli walaupun pada ketika itu saya rasakan yang SADIEHAF masih belum nampak hala tuju yang jelas.Sama ada mampu bertahan atau mungkin berkubur ditengah jalan.


Sebagai menghargai penghargaan mereka semua ini, Saya dengan sukacita nya mengumumkan bahawa SADIEHAF gembira dan sangat gembira untuk menyampaikan sedikit saguhati berupa jersey rasmi (HOME) pasukan Sarawak 2011 (Belum berada di pasaran & akan dilancarkan pada 18/12/2010) kepada semua yang telah mendaftar secara rasmi kepada SADIEHAF. Namun, tidak adil kepada mereka yang mendaftar dan membayar yuran "asal" iaitu Rm35.00.Sehubungan dengan itu, kami menetapkan bahawa hanya "ahli yang membayar yuran keahlian penuh" akan mendapat jersey ini secara PERCUMA manakala mereka yang mendaftar sewaktu tempoh promosi diberikan diskaun 50% untuk pembelian jersey tersebut dan tawaran ini hanya sah bermula 20-31/12/2010 sahaja.

Kepada semua ahli, anda boleh membuat tuntutan hadiah bermula 27/12/2010 dengan menghubungi SADIEHAF di talian 082-649927 (waktu pejabat).Jangan lupa untuk sertakan sekali size baju anda.

Terima Kasih

Tuan-tuan dan puan-puan,adik kakak semua,tok laa gambar 5 orang sahabat saya yang saya baru kenali,yang membantu saya dan memberikan komitmen 110% bagi  menjayakan misi penyatuan penyokong "Bujang Senang" di seluruh bumi kenyalang.Kami belum berjaya,kami mahu pastikan kita semua dapat bersatu dan kehebatan kita sebagai penyokong akan kembali ke ERA NGAP SAYOT  ! ! !

Timothy

Narayanan @ Anan

Ahmad fikri  nasuha @ Anne

Zai

Aepy



~ Bro SADIEHAF~

1 comment:

  1. bersatu kita maju .. tunjukkan kuasa penyokong Sarawak musim ini!!!

    ReplyDelete