Friday, December 10, 2010

PEMILIHAN PEMAIN "SKUAD BINTANG ERA" DITERUSKAN ESOK



Sesi pemilihan pemain Skuad Bintang ERA dibawah kendalian "BEKAS" juragan pasukan Bujang Senang diteruskan esok.Menurut maklumat yang diperolehi setakat ini,panel pasukan baru memilih 18 pemain hasil dari sesi pemilihan yang diadakan pada minggu lepas.

Sementara itu, En. Abdullah Julaihi selaku Setiausaha Agung FAS yang baru mengalu-alukan kehadiran semua pencita sukan bola sepak untuk sama-sama memeriahkan sesi pelimihan yang akan diadakan esok di padang Merdeka,Kuching bermula jam 8pagi hingga 12 tengahari.

En. Abdullah juga berkata,antara masaalah yang dihadapi ketika sesi pemilihan minggu lepas adalah kerana "ramai pemain yang hadir adalah dikalangan mereka yang dibawah umur 18 tahun dan masih bersekolah"..Sehubungan dengan itu,beliau berpesan agar mereka yang masih dibawah umur dan masih bersekolah ini agar hadir ke sesi pemilihan pemain esok besama ibu bapa supaya pihak penganjur mendapat kebenaran bertulis dari mereka untuk membenarkan anak mereka menjalanai sesi pemilihan pemain.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu "sesi perbincangan khas FAS bersama SADIEHAF & SFFC di sebuah hotel terkemuka di ibu negeri baru- baru ini.

SESI PEMILIHAN SKUAD BINTANG ERA
Tarikh : 11 /12/2010
Masa : 8.00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Padang Merdeka,Kuching


~SADIEHAF Media Team~

No comments:

Post a Comment